Follow Us @soratemplates

09/08/2021

Salam 1 Muharam 1443H

Seharian asyik melayan IG dan FB sana sini mengikuti perkembangan tentang pengebumian arwah Siti Sarah dan luahan daripada rakan-rakan artis yang lain. Begitu saya terkesan dengan pemergian beliau. Sungguh pun arwah bukanlah kenalan rapat mahupun ahli keluarga, pemergiannya telah membuka mata kita sebagai hamba Allah betapa amalan baiknya telah 'ditayangkan' satu persatu dengan kehendak Allah di saat pemergiannya ke negeri abadi. Maha Besar Allah! Allahu akbar!

Pemergiannya setelah bertarung dengan Covid serta melahirkan cahayamata keempat secara tidak sedar untuk si suami juga membuktikan keikhlasan kasih seorang isteri kepada si suami dan suami nampak begitu redha akan pemergiannya kerana si suami beranggapan si isteri terlalu baik orangnya. Orang baik kan Allah sayang. 

Bercerita mengenai kematian yang dicemburui, kita belum tau lagi pengakhiran kita bagaimana. Semoga kedatangan tahun baru ini kita semua dipermudahkan jalan dan diberi hidayah daripada Allah untuk berhijrah menjadi seorang hamba Allah yang lebih baik dan beriman daripada sebelum-sebelum ini. Mati itu pasti, pandemik ini mungkin hanya asbab, kita tidak tahu entah esok entah lusa Allah akan memanggil kita mengadapNya. Jom kita sama-sama berhijrah dan menambah amalan untuk bekalan kita di akhirat kelak.


Akhir kata, 
Salam Tahun Baru Hijrah sahabat blogger semua 😊


 

8 comments:

  1. Salam Maal Hijrah 1443. Selamat tahun baharu...

    ReplyDelete
  2. selamat tahun baru Hijrah
    semoga akan kunjung keajban dari Nya pd kita semua tahun baru ini

    ReplyDelete
  3. Salam Maal Hijrah Mim...

    "Manhaj Rabbani,Ummah Berkualiti"

    ReplyDelete
  4. Selamat menyambut Maal Hijrah. Semakin bertambah tahun, semakin dekat kita dengan ajal. Semoga kita terus dapat perbaiki diri dan meninggalkan amal kebaikan untuk bekalan akhirat. Aaminnn...

    ReplyDelete
  5. Salam Maal Hijrah Kak Mim. Semoga tahun baru ni lebih baik daripada tahun sebelumnya. Aamiin

    ReplyDelete
  6. Belum terlambat untuk CCL ucapkan salam maal hijrah

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥