Penyanyi Siti Sarah Raisuddin Meninggal Dunia





إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهَ رَاجِعُوْنَ
Sesungguhnya kita milik Allah dan kepadaNya kita kembali.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَه وَارْحَمْه وَعَافِه وَاعْفُ عَنْه
Ya Allah.. 
Ampunilah dia, rahmatilah dia, selamatkanlah dia, maafkanlah dia.. 
آمــــــــــــــــــين يا ربّ العالمين


Entah kenapa saya follow jugak kisah Shuib sefamili ni.
Setiap hari menunggu update Siti Sarah melalui IG Shuib
Walaupun saya bukan peminat Shuib mahupun Siti Sarah.
Tapi saya suka jugak tengok Siti Sarah live masak-masak di IG nya.

Kalaulah masih ada lagi orang cakap Covid ni tipu-tipu tak taulah.
Walaupun hari Siti Sarah dimasukkan ke hospital hari tu kerana kadar oksigennya menurun, dia sepatutnya potong gelang kuarantin,
Tapi ternyata benar effect Covid ni memang takkan habis sekelip mata.

Last week pula ada hamba Allah yang saya kenal share pengalamannya semasa dan selepas positif Covid. Setelah tamat kuarantin pun semput itu masih ada. Bayangkan pulak Siti Sarah ni yang mengandung.

Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah buat saudara sesama Islam kita, 
Siti Sarah binti Raisuddin, semoga urusannya dipermudahkan, ibadatnya diterima Allah SWT dan ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. Semoga babynya Ayyash Affan juga kuat.






 

16 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. walaupun bukan kawan rapat atau saudara rapat kita kan kak, tapi sedih sebak sayu baca pasal dia meninggal, teringat bayi yang baru lahir anak-anak nya kecil lagi... macam tiba-tiba je
    alfatihah buat siti sarah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul dana.. kalau x bukak ig sanggup tanya adik beradik kalau ada update ttg sarah.. covid skrg ni kalau dh 'ditidurkan' mmg 50-50 je jwbnya

      Delete
  2. pg isnin sayu. semuanya
    😔😔
    sungguhh terasaa sekali
    Ya Allah
    tidak lewat sedetik pun andai sudah tertulis sampai ajal kita
    Al fatihah utk Arwah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ptg pulak dikhabarkan pendakwah bebas di melaka pulak meninggalkan kita semua.. perginya org baik2 ke negeri abadi bertemu penciptaNya

      Delete
  3. Innalillah..Al Fatihah untuk arwah.
    Betul walau kita bukan peminat tegar mereka tapi entah kenapa pemergiannya berkesan dihati saya...😭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bila arwah dh xde baru terbongkar kebaikan yg dia buat kn kak

      Delete
  4. Innalillah wainna ilaihi rojiun. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yang beriman dan beramal solih.

    ReplyDelete
  5. Al-fatihah dibaca kepada Allahyarhamah Siti Sarah..
    Semoga rohnya dicucuri rahmat & diletakkan bersama para solihin.

    ReplyDelete
  6. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang orang yang beriman, Aamiin. al-Fatihah dibaca.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiinn.. janji Allah itu pasti insya Allah

      Delete
  7. Pemergian seorang insan yang dirasai. Al fatihah buat arwah Siti Sarah Raissuddin.

    ReplyDelete
  8. Masih terasa kehilangannya yang mengejutkan itu. Moga rohnya tenang di sana.

    ReplyDelete
  9. Terasa kehilangannya.. Al Fatihah (dibaca)

    ReplyDelete
  10. Salam takziah untuk shuib sekekuarga . Dan alfatihah untuk siti sarah .

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form