Follow Us @soratemplates

08/08/2021

Beli Buku Tapi Tak Baca, Sebenarnya Anda Menghidap Tsundoku Syndrome



Semalam saya dan Encik Suami top up stok barang dapur. Teringat pulak nak membeli sempoa untuk Alan buat latihan Matematiknya so dari Everise Metrocity kami ke Eco di Matang Mall pulak.

Kononnya sempoa tu ada di Eco, sekali tak ada lah pulak. Bersebelahan Eco tu Popular. Popular ni bahaya sikit kalau masuk.

Dia: Masuk Popular tak?
Saya: Hmm.. boleh jugak.

Bila dah masuk, terus lupa diri. 
Ke rak sana, ke rak sini.
Akhirnya memang mendapatlah jawabnya.
Mendapat buku-buku. 
Hehehehe...

Kreatif pulak penulis buku ni. Belajar grammar melalui komik. 
Ambiklah untuk Tahap 1 dan Tahap 2.
Semoga bermanfaat untuk #theIMANs.


Buku rujukan UPSR.
Walaupun dah ada, keinginan nak memiliki tu sangat kuat.
Geram sangat tengok buku-buku zaman sekarang yang berwarna-warni.
Ambik jugak untuk si kakak.

Untuk Awan dan Alan.
"Share-share", diorang faham dah tu kalau Ibu cakap begitu, ertinya kena baca bersama-sama.
Budak-budak umur Awan Alan ni saya bagi baca bahan bacaan ringan untuk menarik minat mereka membaca. 
As long as mereka nak membaca.

Untuk Ibu, tak ada. Biarlah tak ada, Ibu puasa buku bulan ni.
Tapi buku untuk #theIMANs ada pulak, takde maknanya puasa buku.

Buku-buku dan novel-novel yang dibeli sebelum ni ada lagi yang masih dalam plastik. Elok je dah tersusun di rak. Nak bacanya belum ada mood lagi. Beli je beli tapi bacanya entah bila. Dulu masa kedai buku tak dibenarkan bukak, sibuk pulak baca novel-novel lama. Adoi la.

Sebenarnya ada yang nak khabor ni.

Tabiat membeli buku tapi tak dibaca ni sebenarnya 1 penyakit. Bukan sejenis penyakit misteri tapi penyakit yang digelar Tsundoku Syndrome.

Tsundoku Syndrome berasal dari perkataan Bahasa Jepun yang dimaksudkan untuk orang-orang yang membeli buku tetapi tidak sempat untuk membacanya. 'Tsundoku' diambil dari perkataan “Tsun” yang bermaksud longgokan dan "Doku" datang dari maksud membaca. Jadi, apabila disatukan “Tsundoku” ini,  menjadi makna; membeli bahan bacaan dan melonggokkannya.

Haaa.. korang ada sindrom ni jugak ke?
Kalau ada, janganlah risau.
 Sindrom ni takdelah memudaratkan si penghidapnya.
Cumanya kalau terlalu sangat membeli dan membeli, tapi sampai rumah buku tu dijadikan perhiasan saja, itu kan dah membazir.
Membazir ni amalan syaitan.
Tak baik, tak baik, kata Upin dan Ipin.
Oleh itu, kalau dah perasan diri tu ada Tsundoku Syndrome ni,
Muhasabahlah diri.
Mungkin boleh dilimitkan bajet untuk pembelian buku setiap bulan.
Supaya tak adalah bajet lebih ke buku, tapi bukunya tak dibaca.

Kalau saya, memang saya tetapkan rm100 sebulan untuk bahan bacaan.
Kalau dulu zaman bebas keluar masuk shopping mall,
Kalau dah buat pembelian buku di awal bulan,
next time masuk kedai buku lagi,
saya awal-awal siap pesan kat #theIMANs supaya cuci mata saja.
Diorang ni kalau diberi chance membeli memang boleh tahan jugak.
Tapi bagusnya memang diorang baca.
Kami cuba budayakan mereka masuk jalan-jalan kedai buku.
Tak beli tak apa, janji cuci mata.
Tapi diorang ni duduk terus baca komik kat situ.
Buat macam rumah sendiri pulak dah kalau lama-lama.
Haha! Budak-budak macam tu lah.

Bila bab buku ni, saya pernah ada impian masa muda-muda dulu.
Nak buat mini library di rumah.
Itulah faktor-faktor yang menyebabkan Tsundoku Syndrome jugak kot.
Hmm... 

Last but not least, layan gambar ni sat..

Ini antara isi kandungan komik Little Monitor ni.
Beli komik English pulak untuk si Abang

Menarik jugak isi kandungan komik ni. 
Englishnya pun simple.
Boleh repeat beli siri lain pulak next time.
Eh? 











 

 

17 comments:

  1. dulu ada la kategori ni
    beli simpan tak. baca
    skrg berumur ni nak beli pun malas dah he hee


    ReplyDelete
  2. alamak saya terasa. haha. lagi-lagi zaman sale BBW secara fizikal dulu. beria memborong. kadang-kadang bukan tak sempat, tapi leka dengan 'hobi moden' macam scroll hp and tengok tv. selamat membaca ye The Imans.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi.. sentap x sal? Pasni habiskan buku2 yg x baca tu ye

      Delete
  3. Lamanya tak masuk popular . Kalau masuk popular je mesti akan terjah bahagian novel . Dulu suka sangat beli novel .sekarang xsempat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best masuk popular.. bhgn stationaries pn boleh melekakan.. haha

      Delete
    2. Betul . Tambah2 lagi bila tengok pen bewarna warni ..aduhhh leka terus

      Delete
  4. Syndrom ni memang ada Kak Mim. Beli tak baca.. belum ada masa untuk fokus

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. kalau ada benda urgent x setel mmg x dpt nk fokus bacaan2 lain

      Delete
  5. Tak sedar pula saya juga salah seorang🤭
    Dulu zaman muda suka baca novel,majalah bagai.Dah tua ni membeli tapi tak baca...mata pun dah kelabu...hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi.. bahaya tu mata jd kelabu dh jd minah salleh ke?

      Delete
  6. skrg zaman internet., xde buku nak simpan - Tsundoku-nai syndrome .., hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah.. tp sy masih suka beli buku fizikal wak.. hehe

      Delete
  7. Alamak, termasuk dalam Tsundoku Syndrome pulak. Membeli buku masa sale BBW ada tak baca lagi tu. Adudududu.
    Banyak membeli buku tu. ye, buku sekarang dah banyaak yang fancy dan lebih menarik. Bagus tu ada buku pelajaran versi komik.

    ReplyDelete
  8. Saya beli, saya baca. Kadang-kadang tak ada masa, simpan dulu. Ada masa memang baca. Setakat ini tak adalah buku yang dibeli masih belum dibaca hihihiiii.

    ReplyDelete

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥