Kenapa Saya Menjadi Blogger?

Menulis buku ialah impian saya dari bangku sekolah lagi. Ketika di sekolah menengah, lepas tamat PMR saya rasa satu kelegaan bagi saya setelah bertungkus-lumus study untuk PMR. Padahal SPM pun tak duduk lagi. Tapi at least lepaslah satu azab di zaman sekolah. Haha! Untuk meraikan kelegaan selepas PMR, saya cuba-cuba menulis cerpen. Saya ingat lagi saya menulis di buku latihan lama yang tak habis dipakai masa sekolah. Lepas tulis by chapter, saya sembunyikan buku tersebut di beranda rumah. Di beranda rumah saya dulu memang menjadi 'parking' untuk perabot rumah yang sudah tidak diperlukan lagi. Saya soroklah di tempat-tempat yang agak tersembunyi di situ.

Tiba-tiba...

Adik saya yang no 2 ni terjumpalah buku tulisan cerpen tersebut. Ah sudah!! Saya marah dia. Bukan apa pun saya marah, saya cuma malu!! Ya, malu! Hahaha! 

Malu apabila hasil tulisan saya dibaca orang lain. Disebabkan perasaan malu yang menebal, saya kotak-koyakkan buku tersebut dan lenyaplah buku tulisan cerpen tersebut dari muka bumi ini. Lepas tu saya dah tak menulis lagi.

Sehinggalah pada tahun 2006 saya create akaun blogdrive untuk blog pertama saya. Dan masa tulah barulah saya mula menulis lagi. Tapi menulis macam ni lah, macam sekarang. Kadang-kadang curhat (dibaca: curahan hati) di blog. Itu pun hasil desakan seseorang yang memaksa saya menulis. Sampai sekarang saya masih ingat lagi kata-kata beliau.

"Daripada main internet & chatting tiap malam, better awak tulis blog" - Ayares, circa 1998.

1998. Ya masa tu memang zaman mirc, memang gila chatting masa tu tapi hati belum terbukak untuk menulis blog sehinggalah di tahun 2006. Itu pun zaman dah habis belajar dah. Masa tu kerja company lagi dan tak tau nak buat apa kat rumah malam-malam. Ya lah, zaman single dan masih memegang status anak dara memang free je setiap malam balik dari kerja. Dan dari situlah saya pun mula menulis blog di medium blogdrive. Nama blog pertama dulu pun saya menggunakan nickname mirc saya. Ya, begitulah.

Yadaaa yadaaa..

Tahun 2020. Perintah kawalan pergerakan atau PKP diumumkan. Semasa PKP saya cuba menulis untuk antologi buku khas memori PKP. Masa ni saya masih tak aktif menulis blog. Itupun hasil desakan seorang rakan juga. Akhirnya berjaya juga saya menghantar garapan memori zaman PKP saya. Pun saya malu baca tulisan sendiri bila ianya berjaya diterbitkan. Tapi kenapa menulis di blog saya tak malu ye? Pelik.

KPI saya sendiri sekarang nak buat e-book. Impian sejak 2021. Tapi impian yang ni untuk kerja. Tapi masalahnya susah sangat nak bermula. Banyaknya tapi kan? Ideanya ada, macam-macam, tapi alahai nak bermula tu payah sangat. Jadinya, saya tetap menulis di blog saja. Di blog, saya hanya perlukan handphone dan mula menaip, dan publish. Sebelum tidur pun saya boleh mengarang dan menaip. Senang dan mudah. Orang baca, baca, tak baca pun tak apa. Tak malu pulak kan?

Kesimpulan di sini haruslah kita berbangga menjadi seorang blogger atau pemblog. Sekurang-kurangnya kita masih punya hobi untuk menulis walaupun tidaklah sampai diterbitkan tulisannya menjadi senaskah buku.

Ehem! Jadi blogger ni pun boleh buat duit. Ye tak? Buktinya ada di kalangan blogger yang drop komen di bawah ni.

Betul tak? Betul tak?

 

14 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Menulis hobi yang sangat mahal bagi sy.. Tidak semua orang menulis kak.. Buktinya org lebih gemar nak jadi youtubers, tiktokers berbanding menulis blog.. All the best and keep on writing...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. setuju.. zaman skrg brp kerat je pemblog yg aktif berbanding tiktokers kan?

      Delete
  2. Setuju dgn Mim. Menulis blog ni kita tak malu. Mungkin sbb tak de unsur2 paksaan supaya org baca. Lebih kpd mcm diary bergambar cuma tak detail sgt. Jadi kurang la malunya tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya itulah tujuan asal dulu bila menulis blog.. persiapan kawen, persiapan menyambut 1st baby, diari pregnancy.. mmg caca-merba semua ada.. haha

      Delete
  3. kalau ada impian nak terbitkan buku, saya boleh bantu. selain ada ramai kawan2 dlm dunia penerbitan, sy juga pernah menjadi 'warga penerbitan'. apa2 nnt PM je sy ;-)

    ReplyDelete
  4. Lebih kurang sama jak kita tok Kakmim, ada impian mok jadi penulis buku tapi malu :P Masa penulisan karangan BM / BI la paling suka sbb suka mok menulis cerita. Jadi blogger sbb suka menulis hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya lah.. nang suka bab penulisan zaman skolah dolok 🤭🤭

      Delete
  5. yer...saya suka menulis. tapi tak la untuk buat buku sebab saya ni jenih mudah goyah pendirian dan susah nak fokus. merapu rapu bukunya nanti

    ReplyDelete
  6. Saya suka tulis blog untuk curhat dan berkongsi tentang buku.. Nak menulis buku memang tak pandailah.. Chayook!! Chayook!! Kak Mim.. Semoga ebook yang dirancang akan berhasil.. Aamiin..

    ReplyDelete
  7. hhahahaha kita rindu zaman chit chat mirc, #kampung hahha pastu zaman mesra laa.... blog ni memang bagi kta tiba-tiba je terjebak :D

    ReplyDelete
  8. All the best Kakmim.. semoga apa yang dirancang berjalan dengan baik.
    Macam akak suka menulis tapi tak pandai buat ayat penuh, itu yang kebanyakkannya point form je.

    ReplyDelete
  9. emmm...ada persamaan skt kot, sbb MA ni memang rajin menulis diary dr kecik. so memang dah terbiasa menulis tu..but lepas kawin & beranak pinak..mcm x de masa nak tulis diary, than BFF ajar tulis blog...since 2009 until now memang blog je la ... tempat menulis...so mcm diary la jugak kann

    ReplyDelete
  10. Permulaan ibu menulis blog dulu sebab nak berkongsi kisah Aqil Naim waktu tu dia 2 tahun.. Memang penuh dengan ceritanya.. Cuma dalam 5@6 tahun kebelakangan ni ibu mula sepi.. Dah pernah 4 tahun ibu hilang dari radar.. Menjelang bulan 9/2022 ibu kembali aktif dan mula kenal kawan2 baru setelah kawan2 lama dari tahun 2010 mula menghilang.. Kenapa suka menulis, ibu pun tak tahu walaupun hakikatnya penulisan cerita ibu biasa2 saja.. Pasal menjana duit tambahan tu ibu tengah cuba berjinak2 tapi Addsense ibu ada saja masalah yang perlu ibu betulkan dulu jeam kepala rasanya.. Ibu minta bantuan kawan baru.. Bebila beliau senang ada masa tlg tengok2kan setting Addsense ibu.. ;)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form