Lunch Date Tak Sengaja di Nasi Padang

Macam manalah boleh terlupa tarikh hari ni?
Ini semua kerana MyPortfolio & MyPerformance lah ni
Yang lucunya bukan saja saya yang terlupa
Dia pun lupa 😂
Tapi lelaki lupa takdelah rare sangat kan?
Nasib baiklah ada memori di FB yang mengingatkan
Akhirnya wish di FB je lah masing-masing
Hahaha!

Tetiba dalam 12 tengah hari macam tu
Encik Suami whatsapp


Saya sebenarnya agak sangsi dengan diri sendiri nak driving sendiri
Bukan apa, jarang driving sendiri area situ
Tapi.. naklah jugak keluar makan
Sebab hari ni hari anniversary kami yang terLUPAkan
Hihihi

13/12/2009 - 13/12/2022

Tanpa dirancang, terjadilah lunch date hari ni 
Sambil Encik Suami tunggu saya yang akhirnya terlepas simpang jugak
(Tak pernah lulus, mesti ada je error)
Dia screenshot live location ni

Tak terfikir pulak dia nak 'memantau' live location macam ni
Saya saja je suka-suka share

Akhirnya bertemu jugaklah kami di parking depan kedai Nasi Padang ni

Penafian awal kereta putih bukan kereta saya atau dia
Mungkin kereta owner kedai kot

Lauk dipilih takdelah banyak sangat pun
5 lauk je, itu pun untuk seorang makan
Takut ambik untuk 2 orang kang tak terabis pulak
Lauk-lauknya...
Sambal asam, sotong masak kuning, rendang daging, bergedil

Last minute tambah lagi sambal ikan masin
Bila dah tengok gambar masa balik rupanya lauk kami takde kuah
Hantam sajalah.. yang penting semua lauk dah licin

Siap kemas lagi pinggan sebelum bayar

Last but not least, yours truly 🥰
Nak jugak simpan untuk memori hari ini
Nak sweet sweet tak reti la
Sebab orang Sarawak ni mudah 'ingga kedirik'
Hahaha



 

9 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Eppi annibersari dan selamat menjamu selera

    ReplyDelete
  2. Happy anniversary to u both 🌹
    Nasi padang memang sedap makan kering2 tak berkuah, kan.

    ReplyDelete
  3. Menarik kombinasi lauknya..
    Happy anniversary kak mim..

    ReplyDelete
  4. happy anniversary kakmim dan husband moga sentiasa dalam rahmat,berkat,kasihsayang Allah..tak perlu fancy yang penting dpt keluar berdua dah cukup sweet

    ReplyDelete
  5. aie sama tarikh duhal kita...haha...hepi anniversary juak untuk kakmim and husband..

    ReplyDelete
  6. Happy anniversary kak, moga kekal bahagia hingga ke syurga

    ReplyDelete
  7. happy anniversary for both of you... lps mkn nasi padang, nnt boleh terbang ke Padang pula....aminnnn

    ReplyDelete
  8. Happy anniversary to both of u! Semoga bahagia sampai ke syurga

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form