Cetak Logo Baju Silat

Hari Rabu minggu lepas selepas ambik Iman dari sekolah kami berdua terus pergi beli baju silat untuk Awan.

Kami ke kedai Number One berdekatan jambatan tol. Area sini ada 1 kedai ni je yang 'hidup'. Kedai-kedailain semua 'mati'. Memang nampak spooky sikit bangunan ni. Mungkin sebab kedai Number One ni jual pakai seragam baju beruniform sebab tu kot ianya bertahan. Ini kali kedua saya ke sini untuk beli baju silat. Baju silat Abang dulu pun saya beli di sini. Baju silat warna hitam plain ni ada jual asing-asing, baju dan seluar. Ada jugak jual 1 suit. Mula-mula saya ambik baju dan seluar asing. Nasib baik salesgirl tu bagitau kalau ambik yang 1 suit lagi murah, RM135. Kalau ambik asing-asing, baju RM80, seluar pun RM80. Of courselah saya ambik yang set. Dalam set tu siap dengan belt hitam tapi silat pakai belt kuning so beli jugak belt kuning RM15. Total persalinan untuk silat sahaja dah RM155.

Next dah ada baju kena print logo pulak. Kedai untuk print logo ni Tok Guru yang bagitau. Tok Guru suruh pergi print di kedai Ritchie, bagitau je silat cakar harimau, Tok Guru Cahaya. Ini pun kali kedua saya ke sini. 

Kalau tak kerana nak print logo baju silat ni, saya pun tak tau kewujudan kedai printing baju kat sini.

Mudah je berurusan di kedai ni sebab diorang memang dah tau logo apa dan di mana susun atur logo. Di belakang ada logo besar, di kanan dada logo kecik dan di kiri nama. Di tangan atas siku pulak ada cop bendera negeri Sarawak.

Logo besar di belakang.


Kos mencetak logo RM15.

Excited dah Awan dah ada baju untuk training silat tapi kelas Sabtu lepas pulak ditangguhkan. Kena tunggu minggu depan untuk pakai baju silat masa training.

Kedai Ritchie ni bukan saja mencetak logo tapi mereka jugak ada jual baju tshirt dan boleh print logo dan nama sekali. Baju korporat pun ada jugak display di kedai. Saya tengok-tengok invois atas meja assistant kedai, kedai ni pun ambik baju dari Oren Sport. Siapa yang biasa tempah baju tshirt berkolar tu taulah jenama Oren Sport ni. Hehehe.

Kedai Ritchie ni terletak di Jalan Satok, shoplot sebelum simpang ke Kampung Kudei. Kalau dari Satok, menghala balik ke Petra Jaya ambik lane paling kiri, jalan di bawah jambatan gantung.

Setakat print logo silat tu tak lama, hari ni hantar besok dah boleh ambik.








 

16 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Tak mahal mana rupanya cetak logo walaupun sehelai baju je. Cepat pulak tu siap 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin sbb dh deal dgn tok guru kot.. kedai ni je yg ada print logo persilatan cakar harimau tu

      Delete
  2. uiii agak seram bangunan Number One tu, hihiii. murah je kos nak cetak logo tu rupanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg seram cha.. jenguk kt basement parkingnya lg seremm

      Delete
  3. Kedai print ni selalunya tak perlu cari pelanggan.... pelanggan yg akan cari dia...

    ReplyDelete
  4. Aktiviti silat ,wahh bagus dia.
    Semangat Melayu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kak.. racist sikit bab ni.. eh 😂😂 siapa lg kalau bkn kita kan, anak2 skrg ni byk yg xtau asal usul bangsa mereka sendiri

      Delete
  5. Kedai kalau servisny laju, amat memudahkan kan.

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. Kalau skill mantap lg segak.. diorg ni budak2 br belajar MA

      Delete
  7. Bagusnya anak Kakmim, belajar silat. Terbaik!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Belom lg jd terbaik tp nk berusaha ke situ.. semoga anak2 konsisten lah hendakNya

      Delete
  8. oh murah je... sy igt selama ni harganya berpuluh RM... wahhh lps ni makin bersemangatlah Awan nak berlatih ya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu nmpk baju plain je dh lebar senyuman..apatah dh print logo dan ada nama sendiri lg lah semangat dia

      Delete
Previous Post Next Post

Contact Form