Lauk Dinner Simple


Lauk dinner malam tadi.
Biasalah lauk biasa-biasa je yang simple ikut selera #theIMANs.
Balik kerja tepat 4.30 petang terus ambik Abang dari KAFA.
Kemudian kami berdua singgah ke supermarket area umah mak top up stok chicken wing.
Ahad tu Encik Suami memang ada beli chicken wing buat stok tapi dah habis sebab pagi Isnin tu saya dah masak untuk bekalan KAFA.

Chicken wing goreng, sayur sawi batang putih tumis belacan dan wing masak kicap, lebihan bekalan Kakak, Abang dan Ibu semalam.


Sayur ni saya panggil sayur PKP. Kenapa? Sebab masa PKP tetiba saya tersuka sayur ni. Selalunya saya suka sawi bunga je tapi masa PKP kan kena beli banyak stok, itu yang pelbagaikan jenis sayur. Lepas tu bila masak sawi yang berbatang putih ni, tumis belacan pedas-pedas, eh sedap!! Sampai sekarang dah jadi favourite dah masak tumis belacan.


Ayam goreng ni saya goreng bodo-bodo je. Tak celup tepung bagai, tapi letak jugaklah tepung beras. Ni resepi nenek saya bila selalu tolong dia masak masa kecik dulu. Mak pun guna resepi yang sama je, ye lah dah anak-beranak kan?


Bahan perapan ayam goreng nenek-nenek

Halia dan serai - tumbuk halus
Bawang merah, bawang putih, cili kering - blend/tumbuk
Tepung kunyit
Garam/perasa
Tepung beras

Campur semua, jangan lupa perasakan dan deep fry. Macam tu je!
Kalau nak lagi sedap mestilah bawang dan cili tu tumbuk dengan lesung.
Tapi saya guna stok saya yang sedia ada je.


Tadaaa!! 
Bila goreng bebanyak tak habis pulak.
Kita simpan untuk breakfast dengan kuetiaw goreng pagi tadi.

 

10 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Sawi batang putih tu saya kenal waktu dalam pantang anak no2. Sedap kan kakmim. Rangup je. Saya biasa celur kejap je.
    Lauk dinner simple pun, kalau kene gayanya mau makan menambah². Hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya kalau goreng ayam kena ada sayur tumis berkuah mcm ni.. xdelah mkn kering sgt.. hehe

      Delete
  2. sedapp ni, gabungan laukpauk
    sawi memang sayur kesukaan ciknur jga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sawi ni kena tgk jenis jugak kan.. kalau jenis yg bunga kuning tu x sedap tumis belacan

      Delete
  3. PH pun suka sawi putih ni, tak pahit. Selalu masak tumis air atau stir fry je. Nx time nak try tumis belacan ni Kakmim. And recipe ayam goreng tu pun sy minta halal ye :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sila sila boleh try PH.. jenis sawi yg ada bunga kuning tak sedap tumis belacan.. sawi batang putih ni sedap.. batangnya potong serong2 sedap mengunyahnya 😂

      Delete
  4. Selalu kalau lauk masak style bodo2 ni laku keras & jadi punca bertambah nasi. Kih3 🤭💕

    ReplyDelete
  5. Kalau goreng camtu bagi akak bukan bodo-bodo, itu rajin benar. Kalau akak goreng ayam bodo2 guna tepung bestari je 😅

    ReplyDelete
  6. sedap sgt dah tu.
    kalau aida, sebab famili jenis nak kena bersambal, blend skit sambal belacan
    ngam dah tu :)

    ReplyDelete
  7. sedapnya ada sayur dgn ayam goreng. sy lauk mcm ni mmg laju bertambah hehehe

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form