Muat Turun Template Powerpoint & Google Slides Percuma

Pernah tak rasa bosan dengan template Powerpoint/Google Slides sedia ada? Kalau bertahun-tahun menggunakan aplikasi persembahan tersebut memang akan ada rasa fed up tengok benda yang sama sahaja. Dulu di FB pun pernah viral orang share template percuma untuk Powerpoint. Tapi saya tak pernah try pun sebab saya dah jumpa satu laman web yang mabeles ni. Saya pun tak ingat macam mana saya tau berkenaan Slidesgo ni tapi seingat saya, saya dah mula guna sejak tahun 2019 lagi. Dan bila PKP, kita pun banyak menggunakan medium online sebagai medium kelas, mesyuarat, taklimat, lagilah saya banyak menggunapakai template percuma dari Slidesgo.



Muat Turun Template Percuma di Slidesgo

Rahsianya, korang boleh muat turun template percuma yang cantik cun-melecun di www.slidesgo.com


Nak menggunakan template di Slidesgokorang boleh pilih sama ada nak daftar email ataupun tidak. Kelebihan kalau kita daftar dengan email, korang boleh muat turun 10 template secara percuma dalam masa sebulan. Kalau korang tak daftar, alamatnya korang terhad untuk muat turun 2 template sahaja ya. Jangan cakap saya tak payung pulak eh. Oleh itu, better sign up saja kalau nak guna servis daripada Slidesgo ni. Percuma je.


Di Slidesgo, ada beribu-ribu pilihan template dari pelbagai kategori. Pendidikan, kesihatan, pemasaran, infografik, semua ada, terpulang lagi kepada kreativiti korang untuk berkarya. Dan yang paling best, template di sini kita boleh pilih sama ada nak guna di Microsoft Powerpoint ataupun di Google Slides.


Muat Turun untuk Kegunaan di Google Slides 

Jika kita memilih untuk menggunakan template yang dimuat turun di Google Slides, pilih saja option Google Slide dan template tersebut akan automatik masuk ke dalam Google Drive kita. Bila dah ada di Google Drive, korang dah boleh edit dah template Google Slides tersebut.


Muat Turun untuk Kegunaan di Microsoft Powerpoint

Manakala jika kita memilih template untuk digunakan di Microsoft Powerpoint, klik saja option Powerpoint dan ianya akan terus dimuat turun di dalam desktop ataupun laptop korang. Bila dah ada di desktop, korang rename saja nama fail dan bolehlah mula mengedit. Mudah kan?



Proses Mudah 1-2-3 Memuat Turun Template di Slidesgo

LANGKAH 1 - Cari template yang anda kehendaki berdasarkan kategori, ataupun kalau ada banyak masa terluang korang scroll saja 1 persatu template yang sedia ada.


LANGKAH 2 - Bila dah jumpa template yang berkenan di hati, klik pada template tersebut dan paparan template akan terpapar seperti ini.

Sekiranya korang nak tukar theme color untuk template ni, contohnya korang tak nak warna pink, nak tukar kepada kuning, klik saja di penjuru atas sebelah kanan tu, kan ada 5 pilihan warna, klik saja warna yang anda nak.

LANGKAH 3 - Seterusnya barulah korang kena pilih nak muat turun untuk kegunaan di Powerpoint ataupun Google Slides.



Sekiranya korang pilih untuk muat turun di Google Slides, klik button "Make a Copy" dan template tersebut akan automatik masuk ke Google Drive anda dan korang bolehlah terus mengedit.

Manakala sekiranya korang pilih untuk digunakan di medium Windows, iaitu di Microsoft Powerpoint, korang kena tunggu sekejap sehingga template tersebut siap dimuat turun ke desktop/laptop korang, gambar seperti di bawah.
Bila dah siap muat turun, korang boleh klik fail tersebut atau search di folder Download di desktop/laptop korang ya. Dah siap!! Korang edit je macam biasa di persekitaran Powerpoint macam biasa.




Tips

Setiap template ada banyak slaid dan setiap slaid, design dan layoutnya tidak sama. Korang boleh sesuaikan dengan apa yang korang nak bentang/hasilkan. Mana slaid yang tidak berkenaan, korang boleh delete saja slaid yang berkenaan. Dan sekiranya ada certain imej yang korang rasa nak guna di setiap slaid, korang boleh copy sahaja imej tersebut dan paste di mana anda nak locate imej tersebut di slaid yang lain. Yang ni bergantung kepada kreativiti anda pulak lah. 



Tutorial Bagaimana Menggunakan Slidesgo

Kalau korang tak biasa godek-godek, nak kena tengok demo jugak macam mana nak guna Slidesgo ni, korang boleh tengok video tutorial yang telah disediakan oleh team Slidesgo di https://slidesgo.com/faqs#videotutorials_faqs


Tapi kalau kita dah biasa menggunakan Powerpoint dan Google Slides, rasanya tak ada masalah pun lepas muat turun template di Slidesgo sebab proses seterusnya macam proses pengeditan biasa je. Insya Allah, slaid korang akan wow lepas ni. Selamat mencuba ya. Semoga perkongsian saya ni membantu adik-adik, kakak-kakak dan abang-abang yang sedang tercari-tercari template untuk slaid pembentangan korang.


Terima kasih Slidesgo


7 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. terima kasih kak mim atas perkongsin ini. sy jrg guna powerpoint...tp lps ni akan rajin2kan diri lah ye...

    ReplyDelete
  2. aahh senang lah ada slidesgo mcm ni. mudah kerja! tqqqq

    ReplyDelete
  3. aida pun amik dari ni sometimes.
    memang bermain dgn powerpoint.
    ngajar kan.
    but, malangnya, thn ni ada template.
    tak boleh nak main-main buat gaya sendiri dah.
    kena ikut perintah am jabatan dah :(

    ReplyDelete
  4. cantikkkkkk tp tu laa kerja sy cuma edit ppt je... template diorg dah buat siap2...menciiii

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form