Aktiviti selepas balik dari Walimatul Urus Dayang & Shahrul, kami ada beberapa cadangan sebenarnya, ke Design Village atau Pasar Kemboja atau ke Ban Pecah atau straight to Penang. 4 destinasi yang menjadi sasaran utama. Kami ada petang Sabtu tu je untuk jalan-jalan sekitar situ sebab Ahadnya kami dah bergerak ke Ipoh dah.
Bincang punya bincang. Kalau ke Design Village atau Pasar Kemboja confirm bebudak ni boring, ye lah tempat shopping bukannya bebudak ni suka.
Nak ke Ban Pecah, sedara-sedara masa kat kenduri cakap weekend macam ni agak jem, tambahan lagi musim cuti sekolah dan orang kahwin ni, jalan pulak kecik sehala.
Nak masuk Penang? Hmm... jauhlah jugak. Confirm jem, Penang kan mana pernah tak jem.
Last-last kami decide ke Zoo Taiping je. Dari Bagan Serai ke Taiping dalam 1 jam lebih jugak. Nasib baik ada adik ipar yang kerja kat Alor Setar dapat menyantuni kami untuk ke sana. Maka berhimpitlah kami dengan naik Axia. Mak, bapak dan 2 orang lagi adik terpaksa tak ikut, lagipun bapak takmo pergi zoo, dia nak rehat je kat homestay katanya. So, let's go to the zoo!! Setiap kali ke tanah Melaya ni mesti ada pergi melawat haiwan-haiwan ni. Hahaha! Mungkin sebab umur diorang ni masih suka tengok haiwan-haiwan nanti dah remaja mungkin lain pulak apa yang diorang minat.
So, kami selamat sampai di zoo dan bersuka-rialah #theIMANs bertegur-sapa dengan haiwan-haiwan di zoo. Hahaha! Kami jalan kaki je ronda zoo, 2 jam jugaklah ambik masa nak pusing 1 zoo tapi tak semua haiwan ada, ada yang aktif waktu malam je. Yang tu kalau masuk malam baru dapat tengok. Tapi so far best jugaklah, Zoo Melaka pun #theIMANs enjoy dulu. Diorang ni tak pernah tak enjoy kalau ke mana-mana pun, dah namanya budak-budak kan?
Simpan gambar je lah kat sini, actually banyak ambik video tapi sampai sekarang tak edit lagi video. Nak buat VTT pun malas, apatah lagi nak edit kan? Haha! Watermark pun malas nak bubuh, nak tunggu edit watermark? Tak berupdatelah blog ni.
Posing tak hengat diorang ni.
Tapi muka serius, kontrol macho betul.
Seronok bila jumpa buaya. Suka betul diorang bertiga ni dengan buaya.
Bergambar dengan Pak Atan.
6/6 hadir. Hihihi.
Kakak dan harimau. Memang cantiklah harimau bila tengok live.
Ni gambar yang diedit oleh official photographer sebelum kita masuk zoo tu.
Ini pun sama.
Dan ini, kami ambik jugaklah pakej gambar tu. Macam tak biasa, pergi tempat macam ni memang akan beli jugak pakej gambar. Nak print sendiri memang LAMBAT. Hahaha!
Gajah-gajah kat Zoo Taiping ni memang sporting. Dia sendiri pulak yang buat show, smart elly!!
Kalau ke mana-mana zoo, memang saya akan cari zirafah dulu. Sebab zirafah ni memang susah nak jumpa, kat zoo je boleh jumpa.
Bayaran masuk zoo. RM16 untuk dewasa dan RM8 untuk kanak-kanak.
antara tmpt yg sy mmg nk g tp kesudahannya lalu je😁😁😁mcm kes mggu lps...
ReplyDeletehehe kat sarawak kan ada buaya jg.. 🤭
suka buaya tandanya anak jati sarawak tu hehe...tak mahal sangat tiket masuk
ReplyDeletePuas hati kalau jalan-jalan dalam zoo Taiping. Kalau naik ketapi dia tu, sekejap je masuk, dah keluar. Hehe..
ReplyDeleteDulu masa anak2 akak kecik memang prefer Zoo Taiping ni. Tempatnya bersih dan tidak terlalu luas. Kuranglah penat nak ronda semua kawasan.
ReplyDeleteWak belum pernah sampai lagi zoo taiping ni
ReplyDeleteUmur2 macam ni, memang zoo la tempat yg paling seronok, kan. Tak silap zoo Taiping ni antara zoo yg terbaik di Malaysia.
ReplyDelete