Happy 9th Birthday, Imran Mudzaffar!!

15 April 2023 genaplah Imran Mudzaffar Ayah Ibu berusia 9 tahun.
Walaupun di kala bangun sahur, Ibu terwish happy 8th birthday kat dia. Hihi.
"Eh, kamek 9 tahunlah Ibu," jawabnya.
Aaha.. laa... tak berasa dah  9 tahun dah.

Imran atau pun nama glamernya Awan ni awal lagi dah request taknak kek.
Seperti tahun-tahun sebelum ni jugak, dia takmo kek macam abang.
Minggu lepas pun baru makan kek SR sebab tu dia awal pesan kot, takmo kek lagi.

Memandangkan kami sekeluarga belum lagi berbuka di luar ramadhan tahun ni, makanya Sabtu lepas kami pun berbuka kat luar sempena birthday Awan. Request Awan simple je, dia nak makan kat Tuk Tuk. Nak bawak bebudak ni buffet ramadhan takut tak berbaloi pulak, dah la mahal tapi diorang tak makan banyak benda. Zaman sekarang betterlah tak membazir kan? Ala kadar saja. Panjang lagi perjalanan kita lepas raya ni nanti.

Berbalik kepada Awan nak makan di Tuk Tuk so saya cubalah nasib untuk booking. Tapi bila call, semua branch dah penuh. So balik ke plan asal Ayah Ibu berbuka di Secret Recipe. Nasib baik masih ada slot available di SR Vivacity.

Birthday boy Ayah Ibu ni simple je, dia nak makan nasik sebab tu dia nak makan kat Tuk Tuk. SR ni pelik jugak walaupun dah order awal tapi makanan yang diorder tapi semuanya lambat sampai. Macam takde makna dah order awal. Sampai Awan asyik tanya, ne nasik kamek? (Dibaca: mana nasik saya?)

Menu ni yang paling awal sampai, creamy carbonara. Yang ni menu abang, dari rumah lagi dah dia dah bagitau dia nak makan carbonara ni. Sampai sejuk dah carbonara ni sebab dialah terpaling awal sampai. Nasib baik ada carbonara ni, menu nilah diorang baham dulu lepas berbuka sementara tunggu order-order lain sampai.

Secret Recipe Penang Asam Laksa
Penang Asam Laksa, menu Ayah. Sedap rupanya. Baru pernah try laksa di SR ni. Isi mackerelnya memang berbaloi.


Secret Recipe Golden Egg mac & cheese
Menu lambat sampai jugak, Golden  Egg mac & cheese, ada keropok Lays jugak disekalikan dalam mac & cheese tu. Tak berapa sedap. Cukuplah merasa sekali. Ni menu kakak.

Tak sampai hati pulak tak ada cake, walaupun tak order slice cake, kami order Shinjuku cake yang ada ice cream ni. Sedap jugak cakenya tak berapa manis. Menyejukkan tekak ice creamnya.


Strawbeery Vanilla ice cream.

Menu Alan yang terpaling terlambat, dah takde mood nak makan dah sebab kenyang dengan makanan lain dah. Hantu satay ni memang tak boleh tengok menu satay. Hmm..

Macam manalah orang senang nak teka Ibunya ini seorang cikgu, pen merah wajib ada dalam beg. Pen hitam dan biru pun ada jugak, tapi suka pen merah. Order yang dah sampai kita tandalah senang nak detect mana lagi yang tak sampai-sampai.

Aktiviti sementara menunggu waktu berbuka, baca komik. Abang kalau tak ke Popular beli komik memang tak sah. Dalam begnya pun ada komik yang dibawak dari rumah.

Last but not least, macam biasa Ayahlah yang suka capture gambar diorang 4 beradik ni.

Ingatkan lepas berbuka, solat dan sebagainya dapatlah sambung cuci-cuci mata lagi. Tapi Awan tercirit lah pulak dalam seluar. Ye lah cuaca panas sekarang kan? Nak singgah bazaar aidil fitri sebelum balik rumah pun dah takde mood dah. 

Begitulah simple celebration untuk Awan. Diorang ni senang je tak pernah demand apa-apa pun kalau birthday kecuali Alan la. Biasalah anak bongsu. 

 

19 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. happy birthday imran...lama tk ke secret recipe..menu creamy carbonara tu fav anakdara

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq auntie... carbonara mmg fav semua budak kan x kira genre.. haha

      Delete
  2. Sanah helwah Awan.
    Moga jadi anak yang soleh, berjaya dunia dan akhirat.
    Laksa SR memang sedap. Saya suka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq auntie Amie... sy br merasa... selalu order western je kat SR.. mmg sedap tahap boleh repeat lagi

      Delete
  3. Happy birthday, Awan.. special birthday dia bulan puasa ek.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah brp tahun celebrate birthday bulan puasa... harap² tahun depan time raya pulak.. anyway TQ auntie SK

      Delete
  4. Hensem ni... mesti ramai peminat rahsia nanti!

    ReplyDelete
  5. Happy birthday, moga membesar dengan penuh keimanan

    ReplyDelete
  6. hepi besday Imran... haha sebaya ngan Abang Imran Uyum rupanya... bila tengok anak2 mim, rasa macam kembar je semua nya hehehe... psstt jom jenguk blog kita.. jeng jeng....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq auntie nina... mesti ada papa ni.. pasni jenguk k

      Delete
  7. Oh namanya Imran ye...lama dh PH dok teka² apa nama betul Awan ni sbb sedap je panggilan nama Awan tu :D
    Happy Birthday ye Awan anak yg soleh 🎂🎂🎂

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya PH... dulu² masa kecik² pelat... memula panggil dia bahasakan diri dia iwan sbb x reti sebut R lepas tu bila abang dipanggil abam, iwan pun bertukar ke awan dan idlan pun jd alan.. hehehe

      Delete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry Kakmim, ter-tekan publish button 2x ☺️

      Delete
  9. Happy belated birthday to Awan. Semoga jadi anak yang soleh, dan berjaya di dunia dan akhirat. Sedap, makan di Secret Recipi. 😋

    ReplyDelete
  10. Keluarga yang berbahagia...
    Selamat ulang tahun untuk Awan. Panjang usia dan selalu dalam lindungan Allah.

    Salam dari saya di Sukabumi,

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form