Hilang Suara Sebelum Raya

Asyik cerita beraya je, kita cerita kisah sebelum raya lah pulak. 

Hari rabu, sehari sebelum pengumuman tarikh raya puasa, buat pertama kalinya dalam masa 3 tahun ni saya ambil cuti sakit. Sebelum ni kalau tak sihat je, ambik je cuti rehat sebab malas nak ke klinik. Tapi seminggu sebelum raya hari tu memang saya dah batuk sampai hilang suara, sampai budak-budak pun suruh ambik cuti sebab takde suara kan? Diorang suka je lah kalau kita cuti, kelas diorang batal. Oleh sebab tak larat dan mood nak raya jugak saya gagahkan ke klinik. Mulanya sebelah malam tu dah ke klinik jugak tapi klinik ni tutup rupanya masa bulan puasa, Encik Suami ajak ke klinik lain tapi saya takmo. So pagi tu seawal jam 7 pagi kami berdua dah bergerak ke klinik. Klinik tak bukak lagi, tapi sengaja datang awal nanti boleh jadi peserta pertama. Setel awal, senang.


Saya suka ke klinik Dr Asri ni. Doktornya soft spoken je, explain detail, staff friendly dan yang penting boleh bayar guna Duit Now. Mana-mana tempat sekarang kalau takde online payment memang susah. At least ada Sarawak Pay pun dah okay. Klinik Dr Zawani di sebelahnya pulak klinik wife kepada Dr Asri. Klinik vet ni pun selalu ramai. Dr Asri ni pun boleh tahan ramai jugak sebab tu saya pergi awal-awal pagi.

Masuk je jumpa kaunter ni, sebelahnya kaunter pendaftaran.

Ruang menunggu, masa ni main lagu raya.


Doktor sampai je dalam 8 suku macam tu terus saya dipanggil masuk. Dia tak tunggu pun sampai 8 setengah. Staf kata doktor masuk 8 setengah pagi. Ada sesetengah klinik kena tunggu doktor sampai jam 9 pagi. Kalau demam memang kesejukanlah menunggu. Sebab tu lah saya jarang nak ke klinik kalau demam. Bertambah-tambah demam lagi dengan menunggu doktor lagi. 

Akhirnya mendapatlah antibiotik sebab batuk tak baik-baik. Semua ubat kuat-kuat yang Dr Asri ni bagi, antibiotik tak habiskan pun 7 hari, setakat 3 hari je makan lepas berbuka dan lepas bersahur. Alasan tak habiskan antibiotik sebab lepas telan antibotik mesti pening. Ubat batuk pun lepas makan, jantung berdebar kencang, sebab u saya cakap efek kuat terus tak berani nak makan dah.

Sekarang alhamdulillah tak batuk dah, 3 minggu dah kan? Cuma suara masih lagi serak-serak dan semacam selsema tapi tak selsema pun. Tak taulah kenapa.



 

16 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Semoga cepat sembuh kakmim. Rasa tak selesa eh yg semacam selsema tapi tak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq kak. itulah suara mcm x sihat... mungkin belum sihat sepenuhnya kot... tambah lg masa raya mmg x cukup tidur.. tiap hari tidur lambat bgnnnya awal... skrg bila dh keja setiap hari ngantok kt ofis

      Delete
  2. syafakillah...
    sy dah kena hari tu 2-3 hari sblm puasa... terseksa betul bila sekali pakej dgn batuk..

    ReplyDelete
  3. takutnya effect ubat2 tu..sbb tu sy org yg paling takut nak makan ubat hehe stakat panadol blh lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya.. selalu mmg ambik panadol je... kalau dah terpaksa betul baru ambik antibiotik

      Delete
  4. cuaca kot? kita yg jarang sakit ni, kalau sakit sure teruk skt kan.. apa pun..semoga cepat yer kak mim... Allah nak suruh rehat tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya.. setuju tu MA.. jarang-jarang sakit bila dh sakit memang longlai habis

      Delete
  5. Bila jarng2 sakit ni memang kena cuti lama sikit kan mim.
    betul tu yg penting bayar xda cash hehee dah terbiasa lgpun memang x simpn cash nk semua bayar guna kad

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul cik nor... kalau jarang sakit, bila dah sakit memang akn teroklah

      Delete
  6. kalau makan ubat rasa berdebar2 kencang patutnya kene tukar ubat lain tu kak, sebab kadang ada ubat tak sesuai dengan kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul dana, sbb tu x mkn dah.. sekali je mkn.. takottt

      Delete
  7. saya pernah sakit tekak pastu hilang suara sampai sebulan, stress juga time tu. semoga cepat sembuh sis :)

    ReplyDelete
  8. Alaaaa... baru nak ajak karok.... hehehehe

    ReplyDelete
  9. Benda paling x suka batuk ka...lepas tu suara xde...gws Mim...

    ReplyDelete
  10. Semoga diberikan kesembuhan dna kesihatan yang baik ye kakmim..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form