Photo Diary #1

First time buat photo diary untuk seminggu. Nak follow trend Dana. Boleh ye Dana? Macam best pulak kan? Himpunkan sekali gambar-gambar dalam galeri henfon untuk seminggu.

Sekarang at least dah ada jadual untuk content di blog.

Rabu - Wordless Wednesday
Khamis - Throwback Thursday
Ahad - Photo Diary

At least kalau dah ketandusan idea sangat, bolehlah kan content ni daripada tak berupdate langsung. 

Ikan pari masak asam pedas, sebab hari minggu lepas jumpa ikan pari minyak di pasar minggu, geram tengok fresh je. So beli buat stok untuk masak asam pedas campur terung asam. Yummy!


Save gambar ni dari FB Google For Education. Save sebab nak buat iklan kursus untuk Google Workspace. Bukan cikgu dan pelajar saja guna Google tau. Google ada macam-macam lagi tools yang boleh diguna pakai oleh pelbagai golongan termasuklah suri rumah. Nak tau lebih lanjut, boleh je tanya saya, nak buat kursus online pun saya on saja.

Bila ke pasar minggu jumpa ikan long ataupun ikan tenggiri masin yang hensem. Geramnya nak beli, untuk buat sambal ikan long masin. Favourite si kakak Iman, terus buat bekal pergi sekolah, nasik putih dan sambal ikan long masin.

Cerita hari Sabtu, menghadiri mesyuarat PBG sekolah kakak Iman. Next week sekolah Awan dan Alan pulak. Daughter's school was mother's old school. My alma mater. Yeehaaa!! Ada super-duper junior di rumah sendiri.

Sempat ke pasar minggu lagi selepas balik dari sekolah Iman, top up lauk untuk seminggu lagi.

Dan beli nanas morris kegemaran Awan dan Alan. Itu yang bestnya nanas morris ni, manis! Buat bekalan kerja hari ni. 

Sempat dengar lagu daripada pelakon Doctor Romantic di Spotify sebelum tidur malam tadi. Doctor Romantic dah habis!!!! Sedihhhh.

Hari ni kita kerja ya. Sekarang kat ofis la. Heheheh.

 

10 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. sedapnyaaaa ikan pari pd hal sy baru je lps makan 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa... mkn lg anies... x cukup kenyang tu.. hihi

      Delete
  2. Sy belum tengok lagi Dr Romantic. Wah, pandai Kak Iman makan ikan tenggiri masin ya.

    ReplyDelete
  3. Sedapnya, tengok asam pedas ikan pari kakmim. Selamat bekerja, ye!

    ReplyDelete
  4. nak tgk dr romantic 3... jenh cari tak jumpa lagi link yg berkenan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ada langgan disney hotstar situ season 3 kakret

      Delete
  5. Ikan tenggiri masin memang menyelerakan. Terliur pulak saya tengok!

    ReplyDelete
  6. Yeah!! Dah adatambahan idea untuk update blog.. Tahniah Kakmim..
    Sedapnya asam pedas tu..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form