Bertugas di Luar Kawasan

Alhamdulillah minggu yang agak sibuk setelah sebulan lebih 'berbulan madu'. Bermula dengan hari pendaftaran pelajar baharu, sehari sempat menyantuni pelajar baharu untuk aktiviti minggu suai kenal. Dan kemudian 2 hari bertugas menyelaraskan kursus untuk budak sekolah. Entri di blog tahun ni pun dah melebihi bilangan keseluruhan entri pada tahun kepas.

2 hari tanpa update, saya bertugas di luar kawasan tapi day trip. Kuching-Serian 1 jam lebih je perjalanan. Tugasan habis awal, ikut masa budak sekolah tapi bila dah sampai rumah awal tu memang tak dan lah nak on pc laptop bagai. Baik aku masak awai. Hahaha.

Ya 2 hari berkursus bersama anak-anak syurga budak PPKI ni. Diorang ni kelakar sebenanrnya. Kalau kita rajin melayan memang boleh hilang stress. Dia macam ni, nak marah tapi tak boleh, gelak je lah.

Kami bersma mereka dan produk pizza air tangan mereka.

Aneka roti dari air tangan mereka.

Kisah pizza mereka, sebelum bakar round semua kumpulan nak tengok hasil akhir selepas diletakkan topping. Tetiba satu kumpulan tu pizza diorang agak 'banjir'. Bukan banjir cheese ya, banjir cheese ok lagi ni memang banjir air! Hahaha. Lepas tu tanya, ni kenapa pizza ada air ni. Lepas tu cikgu mereka muncungkan mulut ke arah sorang budak tu. Ok ok paham. Hahaha! Rupanya dia tuang sekali air lebihan nanas di atas pizza yang dah siap ditabur cheese. Baiklah. Kitorang dengan cikgu gelak je. Itu yang cakap memang menghiburkan, nak marah tapi tak boleh. Ye lah selagi benda tu masih tak memudaratkan mereka, terpaksalah terima dan redha. Mereka sendiri jugak yang akan makan pizza tu. Hehehe.

Begitulah kisah 2 hari tak masuk ofis, 2 hari tak ada update. Saya ada je cuma memang takde mood nak bw guna henfon. Tak luas mata memandang font dan gambar-gambar. Hihihi.

 

17 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Kegiatan sekolah yang seru dan menyenangkan ini, buat pizza hasil tangan sendiri .. kreatif

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah cantik jak kejadian pizza sidaknya

    ReplyDelete
  3. boleh ke kalau nak jual.pizza2 tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diorg belajar buat roti & pizza sbb nnt nk buat jualan di sekolah

      Delete
  4. Nampak sedap je pizza yang dibuat..

    ReplyDelete
  5. Wahh pandai diorg buat pizza. Seronok juga tengok diorg tapi kena sabar la 😂

    ReplyDelete
  6. Selamat bertugas. Semoga sehat dan sukses selalu.

    ReplyDelete
  7. Pasti mereka seronok belajar buat pizza.
    Nampak pun menarik tu.

    ReplyDelete
  8. Best la buat pizza..lepas ni x yah dah beli...

    ReplyDelete
  9. Jadi seperti apa rasa pizza ketumpahan air nenas tuh 😅? Eh tapi saya sukaaa pizza yg ada nenasnya kak. Segar kaan. Manis asam dikit. Makanya kdg saya selalu lihat pizza yg pakai topping nenas 😁👍, itu yg saya pilih

    ReplyDelete
  10. Haha jadi pizza banjir ye.

    Semoga anak2 ni boleh berdikari nanti

    ReplyDelete
  11. Anak KKPI.. Semua berbakat.. Elok kejadian pizza dan roti.. Semoga anak2 KKPI berjaya hendaknya

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form