Photo Diary #7

Photo diary minggu pertama bulan Ogos. Alhamdulillah masih lagi dipinjamkan nafas dan udara dan stay live & kicking di muka bumi Allah ini. 

Permulaan Ogos dimulakan dengan anniversary report duty dan kemudiannya birthday kami 2 beranak

Balik KAFA adik-adik main bola depan rumah, dia makan aiskrim sorang-soramg di rumah

Balik Kumon try makan tempat baru, naknpergi kedai favourite #theIMAN dah tutup pulak, mungkin ayam crispy dah habis kot

Sunyi je tapi jumpa kedai sup tulang yang super sedap. Masa ni memang fokus makan tak pegang henfon so takde gambar sup tulangnya

Sorang-sorang je busking, dah ler tempat tu tak ramai orang

Cari buku ni sebab Abang minat sejarah zaman nabi dan sahabat. Rambang mata sebab ada banyak pilihan tapi beli 1 dulu

First time order guna apps Tealive so dapatlah offer buy 1 free 1. Selalu guna Food Panda je, beli guna apps Tealive lagi manyak untung woo. Tapi tak boleh amalkan selalu. Sabar sabar..

Bekalan 4 beradik hari Jumaat, sosej roll. Balik awal boleh la bekal yang simple-simple aje

Buah kristal.. tengah musim sekarang

Balik kerja petang Ahad kebulur, makan nasik kuah kari telor mata tuang kicap. Heavennya

Jiran hantar rempeyek sedap. Lepas makan nasik makan rempeyek pulak. Makan je kerja ko eh.. hahaha

Gallery minggu lepas pun dipenuhi makanan rupanya. Gallery henfon korang pulak?

 

11 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Ice cream tu yang menarik perhatian. Hehe....selain drpd tu nampak sedapnya sosej roll. Memang saya suka makan roti.

    ReplyDelete
  2. Satu bekas makan sekerim tu boleh habis ke

    ReplyDelete
  3. Ya Allah... rempeyek tu menggoda betul!

    ReplyDelete
  4. tu dia...sebekas ice cream dia sorang.. hehe he.. have a good day kak mim!

    ReplyDelete
  5. Laki kmk pun mun makan kari mesti ada kicap juak hehe. Kmk makan kari kenak ada ikan masin gonjeng pakai lawan.

    ReplyDelete
  6. saya tak pernah mkn buah kristal tu...mcm mana yer rasa buah tu

    ReplyDelete
  7. Rempeyek sedap dilayan semasa menonton tv.. 😄

    ReplyDelete
  8. Tak sempat nak buat photo diary sebab semua dah masuk dalam entry...hehehe...

    ReplyDelete
  9. amboiiii makan ais krim sorang sorang je yaa

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form