Takwim Pengoperasian UPKK 2023

Tahun ni Abang akan menduduki UPKK. Abang ni lain sikit berbanding si Kakak. Ye lah jantina pun lain. Cara dia rilek-rilek je, Kakak ada skema sikit. Walaupun rilek tapi cepat jugak Abang ni menghafal, sampai dia cakap ustazah puji dia cepat  menghafal. Alhamdulillah, kita raikan karektor anak-anak yang pelbagai. 4 anak ni lain-lain karektor, ada yang ikut perangai ibu, ada yang ikut ayah. Kita ni sebagai mak pak memang ada main peranan dalam pembentukan karektor anak-anak kan?


Simpan sini takwim UPKK. Ustazah cakap ujian bertulis tahun depan je tapi tak tau bila exact date. Tapi bila dapat takwim ni syukurlah dah ada tarikh. Apapun kita ni hanya merancang, Allah jua yang menentukan kelak.

Pendaftaran calon ✅
Semakan pendaftaran secara online ✅
Peperiksaan Lisan - PCHI & Amali Solat ✅

Sekarang cuma tunggu bulan 11 untuk hafazan & tilawah al-quran. Lepas tu tahun depan baru ujian bertulis. Lama pulak gapnya.

 

16 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. andaikata student x dpt hadir pd hari ujian tu, boleh pinda ke tarikh lain ke mcm mana tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau bertulis dikira x hadir rasanya sbb upkk ni serentak... tp yg lisan/amali/hafazan tu ikut giliran dlm tempoh yg diberikan

      Delete
  2. semoga berjalan dengan lancar.
    salam singgah dari Indonesia ^_^

    #follower 418

    ReplyDelete
  3. Semoga anak² kita terang hati. Anak kmk yang tua ya pun akan ikot UPKK. Thanks sharing info.

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh..sebaya lah anak kita... all the best to kakak

      Delete
  4. Allahumma yassir utk semua anak kita..my son yg djh 3 tu start exam ari ni (exam tgh tahun/penggal)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aaminn.. kami kt sini semua dah setel ujian pertengahan tahun... countdown cuti sekolah dh

      Delete
  5. Pengoperasian? First time dengar perkataan ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye ke uncle? biasa je guna word pengoperasian ni masa post pkp dlu.. hehehe

      Delete
  6. Moga dipermudahkan urusan semua operasi

    ReplyDelete
  7. semoga dipermudahkan urusan anak2 Kak Mim...betul, mak pak kena bagi sokongan moral & bimbingan...

    ReplyDelete
  8. Semoga dipermudahkan buat abang ye...

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah thanks kongsikan takwim ni. lusa sy akan hantar anak murid untuk ujian lisan ke pusat peperiksaan.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form