GCE Level 2 Unlock, Hadiah di Hari Akademia

Selamat Hari Akademia to you, Kakmim!!!

5 Oktober telah diwartakan sebagai Hari Akademia Malaysia sejak 2019 oleh Kementerian Pendidikan (ketika itu) bagi menghargai jasa dan sumbangan kumpulan akademik yang merangkumi tenaga pengajar di institusi pengajian tinggi awam dan swasta, politeknik, kolej komuniti, institut latihan perguruan, kolej matrikulasi termasuk institut latihan dan vokasional. Yeay alhamdulillah. Takdelah tumpang celebrate pada 16 Mei macam sebelum ni. Anyway, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Akademia kepada Shazni Rahim & Mama Zharfan.

Hadiah hari akademia tahun 2023 ni saya dapat 2 badge dari Google!! Alhamdulillah, syukur. Nampaknya Level 2 dah berjaya diunlock di tahun 2023. Level 1 yang dah ambik 2020 pula baru selamat direnew. 

Tak tau nak taip banyak, sebab masih lagi kepenatan. Tak taulah apa yang penat sangat. Padahal duduk je dengar cikgu bercakap lepas tu study untuk exam. Macam tu lah kot bila nak kena belajar di usia melepasi 40 ni. Balik je rumah terus ketiduran. Hihihi.

Apa kata layan gambar dan caption saja. Kalau ada soalan mengenai Google Certified Educator boleh je tanya di komen.

Gambar hari pertama

Hari ke-2 selesai exam Level 2

It's a wrap!! Group photo hari pertama, kedua dan terakhir.

Behind the scene tengah jawab online exam Level 1. Webcam kena on sepanjang exam 3 jam.

Sebelum bersurai dan kembali ke rutin harian, macam biasalah ada closing dengan pemberian sijil penyertaan untuk 3 hari berkursus. Sekarang masih menunggu sijil dan badge GCE Level 2 dari Google pulak. Yang Level 1 je dah dapat. Sejam sekali refresh email di henfon. 

Bersama trainer kami, Cikgu Emkay dan Cikgu Ina. Yang bawak paper bag tu ialah trainer. Diorang ni Google Certified Trainer & Educator.

Sempat jugak berselfie. Hihihi. Sporting trainer kami ni sejenis yang suka bergambar dan mengambil gambar. Hehehe.


 

11 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Tahniah Mim 👏🏽
    Dan Selamat Hari Akademia.

    ReplyDelete
  2. tahniah kpd kak mim! Sy pun teringin nak join kursus mcm ni....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Join grup GEG dlm FB dlu cikgu.. nnt boleh sit examnya

      Delete
  3. Hari akademia itu maknanya hari guru ya kak? Di sini hari guru ada, tapi 25 November .

    Apapun, selamat kak mim. 🎊🎊Dapat sijil juga dan trainingnya juga menarik 👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari guru di malaysia 16 mei.. hari akademia utk cikgu2 yg mengajar di peringkat pengajian tinggi... yg pelajarnya 18 tahun ke atas gitu 😅

      Delete
  4. Mungkin ini hari pendidikan nasional kah di sana? Kalau di sini hari pendidikan nasional jatuh pada tgl 2 mei

    ReplyDelete
  5. Wahh tahniah kak... Cuya pon bercita2 nak jadi pengajar, tapi tak kesampaian..hahahaha
    nanti mengajar anak sendiri jela kikiiki

    ReplyDelete
  6. oooo... baru tau Hari Akademia untuk pengajian tinggi. Haritu dengar Pengarah PSIS masa beri ucapan konvo tapi tak jelas sebab kurang tumpuan.
    Anw, tahniah KM selesai course CGE. Semoga terus sukses!

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form