Boot Camp Google Certified Educator

Saya away untuk 3 hari ini. Tak masuk ofis je bukan ke mana-mana pun. Alhamdulillah kami diberikan peluang berkumpul di majlis ilmu bersama teman-teman seperjuangan untuk menimba ilmu Google Educator sekali lagi. Jika dulunya berbengkel secara online sahaja tapi kali ini berpeluang berguru secara 4 mata dengan Master Trainer Cikgu Emkay dan Cikgu Ina.

Lamanya tak berkursus di hotel! Saya pun dah lupa bila kali terakhir berkursus di hotel. Hihi.

Kenapa perlukan sangat badge Certified Educator ni? Entah, tapi saya rasa macam ada kepuasan. Macam self-satisfaction gitu. Tapi saya setuju jugak dengan Cikgu Ina. Dapat badge Certified Google Educator ni ibarat hadiah untuk diri sendiri. Ya, hadiah daripada Google untuk kita sebagai motivasi untuk menyebarluaskan lagi ilmu penggunaan Google ni kepada orang lain. Haa.. gitu.

Inilah master trainer kami sepanjang 3 hari berkampung di Raia Hotel ni. Cikgu Ina dan dalam slaid ada Cikgu Emkay.

Done slot hari pertama sebelah siangnya. Malam karang kami duduk exam pulak gais! Doakan ya!

 

7 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. seronoknya....dpt belajar ilmu baru, dpt jumpa kawan2 baru.. i like! selamat berkursus sis.. mcm kursus jugak la kan?

    ReplyDelete
  2. Seronok belajar ilmu baru. Kmk suka training2 mcm tok. Yes, suka kumpul certification juak mcm kumpul medal 😆

    ReplyDelete
  3. Selamat berkursus dan moga memperoleh manfaat.

    ReplyDelete
  4. Boleh tahan juak kursus di Raia Hotel...semoga berjaya

    ReplyDelete
  5. Semacam seminarkah?,seru sekali, bangga rasanya jadi bagian dari google educator.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form