Panggang-Panggang, Suka-Suka

Macam biasa bila dah cuti sekolah, famili kami akan plan makan-makan sebab masa ni kehadiran penuh. Bila cuti sekolah je adik yang mengajar di Kapit ada di Kuching so masa ni lah masanya untuk gathering dengan kehadiran ahli keluarga yang penuh. Tapi kali ni tak ada idea nak makan luar kat mana so kami plan panggang-panggang je kat rumah. Rumah yang dipilih bila ada aktiviti panggang-panggang ni semestinya rumah Aydin (mak ngah, adik saya yang no 2). Hehehe. 

Petang lagi selepas asar aktiviti memanggang dah bermula sebab sekarang masuk waktu awal di sini. So lepas Isyak kiranya boleh dah terus makan.

Aktiviti wajib budak-budak ni, panggang marshmallow. Entah la apa yang sedap sangat bendalah ni.


Abang, Amirul dan Awan. Macam biasa bila lepak di rumah makngah, diorang bertiga akan angkut selimut masing-masing tidur rumah mak ngah. Nanti awal-awal pagi akan balik ke rumah untuk bersiap nak pergi mengaji pulak. Rumah saya dan mak ngah diorang ni selang 6 buah rumah je pun.

Awan demo marshmallow yang telah dipanggang. Alan photobomb di belakang. Kakak Iman yang ambik gambar, saya pun tak tau motif gambar ni. Hahaha.

Jagung bakar dan sweet potato. Mula je bungkus dengan aluminium foil lepas tu semuanya dibog*lkan sebab senang lagi nak pantau dah masak ke belum. Hahaha.

Chicken wing dan sosej.

Kambing pun ada. Mulanya macam-macam plan nak masak tu masak ni, tapi last-last decide tak masak banyak nanti lagi banyak menu lagi sukar nak memilih. Nasi putih wajib ada, nanti mak mesti carik nasik. Dan memang betul, dia makan nasik putih dengan rendang daging dulu. 

Saya masak rendang daging je, makan dengan lemang. Beli 3 batang lemang, alhamdulillah tak habis jugak boleh buat bekfes lagi lemang dan rendang.

Azzalea kakak si Aydin request char kuey tiaw, apalagi maknya grabkan saja dari stall di area rumah belakang. 

Dan kami yang lepak di luar, lain-lain lepak di dalam. Pukul 10 malam baru masuk ke rumah.

Plan asal saya sebenarnya nak masak mee kari tapi daging jadi rendang pulak. Agaknya bilalah nak masak mee kari ni. Mengidam ni. Mengidam nak masak bukan nak makan. Hihihi.

 

15 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Memang kan, ada orang mengidam nak masak, makan tak nak sangat pun. Bestnya bbq, kita lama tak ada aktvt dgn family belah Johor.

    ReplyDelete
  2. ammi takut nak buat bakar2 depan rumah. masa arwah mama ada dulu penahlah kita buat tapi ada "jiran yg muka mencuka sentiasa" komplen ada asap masuk rumahnya. huhu.

    kalau nak gather sronok2 biasanya ammi buat stimbot je depan rumah tu...makanlah kita berebut2

    ReplyDelete
  3. kalau ramai2 ni seronok mkn bakar2 mcm ni.. masak sama2.. kenyang sama2.. boleh sama2 bersembang.. sambil2 kenyang.. hihihi

    ReplyDelete
  4. Saya pun tak paham kenapa anak2' suka marsmallow ini 🤣. Saya tak suka juga. Tapi pernah pas dicelup ke coklat panas, agak lumayan 😄. Cuma kalk makan gitu saja atau bakar, tak nak.

    Seruuuu nyaaa. Dah dekat akhir tahun, banyak orang buat event bbq juga di sini. Saya belum tahu lagi nak buat acara apa akhir tahun 🤣. Suami ajak ke Bandung, tapi macam malas, dah kebayang maceeeet jelang akhir tahun 😅

    ReplyDelete
  5. Berkumpul ramai macam ni bestkan. Buat bakar bakar makan makan. Masa ni juga la ,masa mengimbau kenangan lalu.

    ReplyDelete
  6. dpt kumpul rmi2..layan bbq mmg syok la cuti sekolah ni kn

    ReplyDelete
  7. Best teww!. Saya pulak...angan2 je lebih, sampai skg tak dpt pun lagi nak main bakar2 depan rumah. Next winter hopefully ada peluang.

    Oh I love marshmellow bakar.

    ReplyDelete
  8. Berkumpul ramai-ramai saat yang paling menyeronokkan.

    ReplyDelete
  9. kalau BBQ mesti ada gatheringkan haha. semuanya perut nasi wajib ada nasi

    ReplyDelete
  10. Biasanaya akak la akan sibuk bab masak, kesudahan aka yang x makan sebab kenyang dh tengok diorang makan

    ReplyDelete
  11. Senang semua duduk dekat2, nak gathering bila2 pun takde hal

    ReplyDelete
  12. memang best dpt gather2 gitu...bestnya u duduk dekat2 dgn ur sibling..rezeki sgt2 tu

    ReplyDelete
  13. patut laa ada bau asap sampai ke sini
    rupanyaaaaaa
    😁😁

    ReplyDelete
  14. The "12.12" is an annual shopping event that takes place on December 12th and is well-liked in many nations, including Pakistan. Similar to other significant shopping occasions like Cyber Monday or Black Friday, it features sales, discounts, and promotions from a range of merchants and brands.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form