Lunch Minggu Ini

Minggu ni masuk ofis macam tak kerja je. Dah la orang ramai cuti, ada yang cuti krismas sampai habis tahun. Ada yang cuti sebab cuti sekolah, ada yang menghabiskan cuti sekolah. Lepas tu yang ada di ofis pun macam semua buat kerja sendiri. Semua dengan headphone. Kalau dah melekat headphone di kepala tu ertinya 'mewayang' ler tu.

Memandangkan cuti sekolah, #theIMANs semua stay kat rumah nenek, saya pun malas nak keluar waktu lunch. Bukan saja malas nak keluar, nak pergi makan pun malas, bukan jauh pun nak tapau, kat bawah ofis je pun. Nak ganti puasa, 'cuti' pulak. So kita korek-korek dalam drawer apa yang boleh dimakan.

Oat Krunch ni dahlama duduk dalam drawer cuma tak makan lagi. Masa darurat macam ni lah baru rasa nak makan. Saya selalu beli je Oat Krunch ni sebab Alan suka, untuk buat bekalan masa KAFA. Tapi saya jarang sangat nak makan. Barulah merasa biskut oat ni. Rupanya sedap!! makan sebungkus pun dah cukup dah. Memang sesuai untuk buat snek masa KAFA.

Ole-ole dari Miri, boleh la buat kunyap-kunyap sambil tengok k-drama di ofis. Off lampu.. fuh me time sungguh di ofis yang sunyi-sepi ni. Sekarang dah beralih ke Beryl's pulak. Kalau dulu selalu beli cooking chocolate je jenama ni. Sekarang boikot Cadbury kita layan coklat buatan Malaysia je. 

Dan... favourite kena makan dulu, dark chocolate. Siapa peminat dark chocolate, kita geng. Yeay!!



 

3 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. antara yg sedapp, feberzt dan ciknur sentiasa ada dlm beg bila jln2 senang kunyah
    ank bujang pun mlm2 akan cari ni.

    ReplyDelete
  2. Coklat Malaysia itu enaak loh kak. Saya kalo ke sana, selalu beli berryls. Memang tak nak Cadbury dan lainnya, Krn di Indonesia pun banyak. Apalagi Skr, dah boikot dah. Jadi dah pasti saya akan pilih berryls 😄👍

    ReplyDelete
  3. masuk pasaraya dah tak pandang cadbury terus tuju ambil berryls

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form