MONS Bakehouse

Cerita minggu lepas, lunch dengan kawan-kawan ofis. Tapi asyik bersembang pakcik dan makcik, hai duit raya eh gambar sendiri lupa diambil. Gambar makanan je penting. Apuu!

First time ke sini, area Tabuan Tranquility, bukan 'area permainan' saya, jalan nak ke sini pun blur-blur. Itulah, tau drive dari rumah ke ofis, ke sekolah kakak Iman, sekolah Abang, Metrocity, itu je lah. Makin menginjak usia makin kurang memandu, hanya rutin sahaja. Dulu-dulu masa PJJ semua dah puas buat sendiri kan, lepas PJJ isi minyak pun Encik Suami yang buat. Hahaha. Balas dendam sungguh iols.

First timer, tak tau  lagi apa yang nak diorder di sini. Study menu dulu.


Mulanya risau tak ada heavy meal, nasiblah ada. Iyolah datang membawa perut yang kosong.


Kek terlalu cantik untuk dimakan, so kita snap gambar je untuk santapan mata.

Terlalu premium, bukan selera tekak saya, sorang pun tak order kek. Pengamatan saya mostly guna gelatin ni.

Try croisant kat sini, not bad. Member order, saya merasa.

Portugese tart cheese, tak rasa pun, member yang order.

Nak order air yang campuran buah dan soda, lupa lak snap bahagian beverage tapi semua tak ado. Terpaksa order ice blended ni.

Fish & chip saya ler.

Spagetti aglio olio

Chicken chop.. member order tapi bagi saya tak sedap sebab guna sweet & sour sauce. Ayam pun terlalu garing.

Sunny Best, penuh dengan daging dan telur, tak habis makan sorang ni.

Kebarangkalian nak repeat kat sini memang kurenglah. Sebab:

  • Pilihan tak variety. Terhad.
  • Desert & kek terlalu cantik, sayang nak makan. Hahaha! Saya khuatir penggunaan gelatin je.
  • Tempat jauh, bukan laluan saya hari-hari dan hujung minggu
  • Area non-muslim ramai. Saya prefer area yang sana-sini orang pakai tudung (means area Melayu la). Bukan racist tau cuma nak mengelakkan perasaan was-was tu.
  • Limited space, sembang sini, meja sebelah pun boleh dengar. 

 

13 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Harga pencuci mulutpun mahal juga.

    ReplyDelete
  2. Presentation nampak nice Kakmim...

    ReplyDelete
  3. Terkebil2 jak nanggar harga dessert ya. Premium gilak. Tapi setuju dgn PH, presentation makanan sitok nang kacak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mahal oo dah la kecik jak.. nasib bkn taste kmk semua kek sia

      Delete
  4. nak ber"hu-ha" pun tak syiok eh meja sebelah dengar 😁

    ReplyDelete
  5. Wow kak..semuanya bikin ngiler🤤

    ReplyDelete
  6. harga kayangan. jika sekali-sekala buleh la makan kat sini...

    ReplyDelete
  7. Erm..presentation menarik rupanya ada yg x sedap erk....

    ReplyDelete
  8. waffle dalam gambar tu aestetik sangat. kalau saya, akan order dan mintak sama, sebijik. kalau tak nanti mintak refund. hihi

    ReplyDelete
  9. Premium baitu. Nampak cantik nau semua desserts tu. Pakcik dan makcik asyik bersembang, hai duit raya lupa nak diberi, eh gambar lupan diambil. Hahahaha. Terus ternyanyi tau.

    Selalu dok baca tapi tak tinggal jejak, kali ni, seriyes, tak boleh resist tengok all of those yummylicious desserts. Tengah berangan dok indulge nih ;)

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form