Reset!

Hari pertama check-in di ofis untuk tahun 2024. Mula-mula SpotMe tak boleh nak check in, baru teringat yang ini hari pertama bekerja di awal tahun so adjust setting di 'Pengurusan Waktu Kerja' then barulah boleh check-in macam biasa. Nasib baik user boleh buat sendiri, kalau nak tukar setting waktu kerja fleksibel ni pun kena tunggu admin sistem yang buat, memang naya, semua tertangguh jadinya. Alhamdulillah hari pertama bekerja dan bersekolah di tahun 2024 berjalan lancar.

SpotMe 1/12. Semoga baik-baik sahaja 2024.

Segala mak nenek cuti pun belum dijana. Ini kalau sendiri boleh buat memang terus buat dah. Tak suka tengok benda 'macam ni'. Yang tau je tau. Mungkin yang se-peel dengan saya je faham apa yang saya rasa bila tengok banyak angka sifar ni. Hmm..

Selamat hari Selasa & have a nice day semua!! Banyak KPI perlu dicapai hari ni, semoga petang nanti semua checked!



7 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Selamat tahun baru 2024 . Semoga segala azam tahun baru dipermudahkan

    ReplyDelete
  2. All the best and moga terus sukses Kakmim 🤲

    ReplyDelete
  3. happy new year kak mim...moga yg baik2 saja...

    ReplyDelete
  4. Hari ni hari pertama kerja di tahun baru..pun sibuk jugak..esok kerja kat Putrajaya sampai tengahari..sampai Jumaat kot..

    ReplyDelete
  5. Huurrmmm... memang tak lari dari nak capai KPI kan.

    ReplyDelete
  6. Selamat Tahun Baru, semoga semuanya baik-baik aja tahun nie..

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form