Bye April

April yang busy. Busy dengan puasa, raya lagi, tugas hakiki lagi. Betullah kata orang, kerja di ofis memang tak pernah habis. Pandai-pandai kita je nak manage macam mana.

Pejam celik pejam celik tak berasa 30 hari dah berlalu begitu sahaja. Selamat tinggal bulan April.

30 April, tak terkira dah berapa Syawal. Hari ni sekolah Awan Alan baru nak buat ramah-tamah, begitu jugak ofis Ibu. Sekolah Abang dan Kakak dah awal selesai. 

Nasib kek raya masih ada. Ada baiknya beli loaf. Tak makan space nak simpan dalam peti sejuk. Tapi ada jugak 2 jenis mak bagi sebab mak pun nak habiskan kek raya dia.

Majlis raya kat opis, kami rewang masak-masak. Ibu & team ditugaskan untuk masak kari ayam. Kari ayam momantai. Tapi Ibu tak berapa reti nak masak dalam kuantiti yang banyak. Tapi bos cakap, tak apalah, selalu masak kat rumah paling banyak 3 ekor kan, kali ni masaklah 6 ekor. Baiklah.

Masak je macam biasa, cuma banyakkan rencah je la kan?

Kali ke-2 rewang masak sendiri di ofis. Bulan puasa pun rewang jugak. Kali ni dah konfiden la sikit. Bila dah sendiri masak ni terasa tuanya diriku ini. Kalau dulu tolong prepare je orang lain yang masak. Sekarang, ambik kau.

Untuk ramah-tamah sekolah Awan Alan, Ibu order brownies je sebab Ibu takmo serabut nak masak awal-awal pagi. Nak masak di ofis lagi. Nervous tau. Kena la jaga mental semdiri. Hihi.

Brownies kelas Awan

Brownies kelas Alan

Senang je bila jiran ada jual-jual macam ni. Awal pagi sebelum kol 6 pagi dah ambik di rumah jiran.



Begitulah hari terakhir bulan April kami.


 

11 Comments

♥ Cakap yang baik-baik, tulis yang baik-baik bukan sebab kita nak tunjuk baik. Terima kasih kerna komen yang baik-baik. ♥

  1. Sedapnya nampak kek lapis tu... Dulu masa di ofis lama... Akak sorang nie, mmg akan sponsor kek lapis bila kita buat potluck raya di ofis... Kadang2 dok merap jugak dekat dia minta buatkan laksa sarawak... Hihihi

    ReplyDelete
  2. Hari ni dah 01 Mei
    Selamat bercuti hari pekerja

    ReplyDelete
  3. Brownies ya mengancam betul hehe.

    ReplyDelete
  4. sekejap.april dah berlalu
    slmt hari raya mim

    ReplyDelete
  5. Cantik -cantik banget kue lapis tu kak..pingin coba seiris ..😀

    ReplyDelete
  6. Saya pun kalau masak dalam jumlah besar tak pernah pula, jadi pasti kuatir ttg takaran bumbu dan lainnya 😄😅.

    Saya suka hiasan browniesnya, Krn tulisan yg dibuat rapiii sangat. Ntah kenapa kalo ada cake yg dituliskan sesuatu tp tak rapi, saya langsung tak tertarik. Beda cerita kalo tersusun bersih macam tuh

    ReplyDelete
  7. Tertarik dengan hiasan brownies tu.
    Nampak pun sedap. Ni anak² sekolah pasti suka.

    ReplyDelete
  8. seronok juga bila dapat masak ramai2 mcm ni... mengembalikan nostalgia zaman mak2 yg buat sama2 untuk masakan kenduri...

    ReplyDelete
  9. Warna warni kek lapis 😍

    Lepas ni dah makin mahirlah Mim masak banyak ya. Akak pun tak pandai masak banyak, tak pernah cuba.

    ReplyDelete
  10. Cantik beul browniesnya...syg plak nak makan..kari ayam tu mesti sedap tu kan...

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form