Masak Apa Hari Ini?

Dulu pernah timbul kekesalan di hati kenapa la aku beli air fryer sedangkan oven kan dah ada. Tapi bila saat minyak murah sukar nak dapat, asyik kena beli yang botol je, di saat macam ni barulah bersyukur sebab beli air fryer. Sebab bila nak deep fry, saya lebih suka minyak subsidi yang dalam plastik tu. Untuk menumis dan masak, takpe la guna yang dalam botol. Lagipun adanya air fryer ni juga menjimatkan masa bila kena goreng nungget untuk bekalan sekolah di awal pagi. Letak dalm air fryer, on dan tinggal. Lepas tu nak pergi mandi ke iron baju ke terpulang.

Lepas tu, bila tak ada idea masak, menu ni lah penyelamat. Ayam panggang air fryer! Especially kalau guna bahagian sayap, baik guna AF je. Kan? Kan?

Inilah dia menu penyelamat kegemaran ramai.

Kebetulan buat stok sambal belacan siam atau sambal belacan kedai. Sambal belacan ni masuk chiller memang bertambah sedap. Bila-bila nak makan nasi goreng ke, masak kari ke, banjirkan lagi dengan ni memang ummp. Dah ada stok sambal belacan, hmm otak ligat pulak berfikir nak masak apa untuk rasmikan sambal belacan ni. Tapi nak kena menu masak lemak baru cun. Eh, siapa kata senang jadi surirumah? Otak memang kena selalu berfikir, macam pegawai eksekutif jugak la. Memang kena bijak dan cepat buat keputusan. Lalala. Hmm.. menu masak lemak apa ye?? Sambung lagi pikir.

Tadaaa!!! Telor masak lemak cili padi. Sonang. Dulu masa kursus di Melaka, pernah la member bawak telur itik masak lomak cili api ke hotel. Kitorang makan sama-sama di cafe hotel. Terus tak ingat dah lauk buffet. Sodapnyaaa. Sampai sekarang masih lagi teringat-ingat. Lepas tu dah tak ada dah makan telur itik lagi. Kat Kuching ni memang jarang la orang jual telur itik kecuali yang dah dimasinkan. Mungkin area kampung ada la kot, kalau kat Kuching ni, tak jumpa yang fresh.

Dan.. lauk kami ayam panggang air fryer, telur masak lemak, kuah lagi dengan sambal belacan siam dan sayur cangkuk manis tumis belacan. Alhamdulillah, apa adanya.

 

10 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Samalah kita hari ini. Kak Amie pun buat stok sambal belacan.
    Sayap ayam masuk air fryer memang sedap.

    ReplyDelete
  2. Sy tak pernah menyesal beli AF sbb sgt membantu utk fry cemilan2 segera. Cuma nak pakai kena ikut SOP keselamatan masa depan (suhu dan timer) especially yg berkabohidrat. Tapi kalau anak2 yg guna, dorang main redah je, bukan ikut pun rule yg Mama pesan. Mesti nak suhu yg cepat garing.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Antara sbb xnak nk amalkan sgt guna AF... sbb faktor keselamatan masa depan tu la.. tp bkn setiap hari pun pakai... goreng ikan tetap di kuali.. hehehe

      Delete
  3. Sama, kita pun baru restock sambal belacan ala kedai tomyam gakss!
    Nak tiru la menu kakmim ni...

    ReplyDelete
  4. Kak SA pun sama...guna air fryr mudah kalau nak buat simple2 grilled...sedap plak nampak kejadian ayam tu...

    ReplyDelete
  5. sedapnyaaaa semua lauk2 ni :) i lately jrg guna air fryer sbb memang sgt jarang masak2 pun ni

    ReplyDelete
  6. Nyaman ehh.. lalu lapar dipolahnya haha

    ReplyDelete
  7. Sedap tengok lauk pauk Kakmim masak, lagi-lagi ada sambal belacan.
    Saya kalau panggang ayam, masih lagi guna oven. Kalau reheat semula, baru guna airfryer. Sebab pernah panggang ikan guna airfryer, dia jadi kering, tak reti guna. Huhu..

    ReplyDelete
  8. Tuh laah saya masih galau nak beli atau tak airfryer 😄😄. Mau beli tapi rak dapur pula tak cukup lagi, tapi kalo tak beli, sebenernya pengen rasa pakai. Apalagi kalo beli makanan yg digoreng, lalu sisa sampah esok pagi. Digoreng lagi pakai minyak akan jadi tak sedap. Lebih enak kalo pakai airfryer.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form