Maksud Delulu


Siapa yang follow cerita Andai Tiada Dia, episod 21 baru-baru ni ada scene Intan yang pergi kecam kakak dia Suri, marah-marah kakak dia DELULU di luar pagar rumah. Lepas tu padan muka kau Intan kena belasah dengan penyapu. DELULU. Nasib baiklah saya dah pernah tanya Iman maksud delulu ni dulu. Kalau tak, confirm blur dulu masa tengok scene tu. Hahaha.


Yaaaa... rupanya delulu tu term budak-budak Tiktok yang berasal dari perkataan English, delusional. Saya tanya Iman, macam mana contoh penggunaan ayatnya, bila nak pakai. Katanya dipakai bila orang tu kuat berangan, contohnyalah budak-budak sekolah ni ramai crush, haaa delulu is solulu je lah jawabnya bila dapat tengok dari jauh je. Haaa... begitu. Baiklah maknya faham. Korang faham tak? Hahaha.

Dan, baru-baru ni saya skodeng viewer IG stories saya, eh, ada orang view story saya la, I mean bukan kawan, tapi zaman dahulu kala tu saya pernah anggap dia lebih dari kawan tapi lepas tu dia yang ghosting saya. Ingat lagi email terakhir dia, awak terlalu baik untuk saya. Muahahahaha. Gila lah, terasa macam novel di alaf millenium je. Harap-harap janganlah ko nak delulu sekarang. Delulu is not solulu for now. Muahaha.


 

10 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Akak baca 2-3 kali baru faham...hahahaha.....

    ReplyDelete
  2. i dh lama tahu term delulu ni sbb selalu nampak org guna kat citer iium confession page tu

    ReplyDelete
  3. ah sudah...solulu pulak apa menda tu?? hahaha

    ReplyDelete
  4. Mmm.. Perkataan baharu ke? Ingatkan dedalu tadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Term budak tt je, bkn word dlm kamus dewan pun.. haha

      Delete
  5. hahaha kalau boleh diberitahu pd yg view IG story mim tu "semuanya sudah terlambat... bye"

    ReplyDelete
  6. Saya pun jadi tahu beberapa istilah baru dalam bahasa inggris, berkat anak saya yg pertama. Dia banyak tahu Kata2 yg begitu 😄😄. Kalo kita confirm memang tak akan paham kalo tak dibagi tahu kak 😂. Delulu, skibidi etc . Pening kepala hahahah

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form