Tiktok Minggu Lepas

Entah apa yang merasuk saya minggu lepas. Jarang saya menggila shopping di Tiktok. Itulah, akibat stay di ofis tengah hari kot, tangan pegang henfon dan terlayan live Tiktok. Habis laaa...

Minggu lepas kan dah start KAFA, so Encik Suami free tengah hari, dia volunteer ambik Abang dan Kakak. Selalunya dia yang handle Awan dan Alan KAFA. Bila dia dah ambik batch sekolah menengah, so saya pulak yang free kena dok je la di ofis lunch hour. Walaupun time rehat dipendekkan di bulan puasa, tetap tak ada nak buat apa kat ofis sebab saya pun tengah 'cuti' ABC. Jadinya, bila scroll balik TT hari ni, ya ampunnn... kenapa aku jadi begini.


Masa student tengah siapkan kerja amali, terlayan live TT tapi tanpa suara, ko ade? Terbeli jugak baju tido #theIMANS. Tapi murah la banding beli di Parkson & Aeon. 

Tengah buat kerja kat pc, mata ngantok, bukak TT, terbeli jugak baju sendiri dan shawl Iman. Tapi memang nak cari jugak shawl dan sehelai baju berwarna soft yellow.


Tengok story WA member, macam best je dia bersihkan sofa dia, teracun jugak la sebab dia terus share link. Tapi ni investment, takpe la, boleh guna untuk cuci carpet jugak.

Sementara tunggu nasi masak, layan live 2 budak bujang jual sampin. Ah, sudah berkenan dengan sampin bunga tabur ni. Beli je la untuk Encik Suami. Beli hitam-gold selamat, semua baju masuk. Padahal baru je beli sampin di Parkson hari Sabtu tu. Encik Suami komplen dia taknak jadi macam YB Menteri pakai sampin tenun Terengganu tu. Ha, baiklah, tahun ni mendapatlah dia 2 sampin awam. Kenapa perlu ada banyak sampin? Biasalah di Sarawak ni beraya 7 hari pakai baju melayu lengkap bersampin. At least boleh la tukar-tukar sampin ikut tema kaler baju. 

Tudung bawal tu memang nak carik pun kaler brick. Hari tu jumpa bawal kaler tu masa shopping di Bangi Gateaway, tapi mak pulak dulu cop. Malas nak cari kedai lain, itu yang cari di TT. Puas hati dapat murah. Harapnya kainnya sedap la nanti, tak keras kejung. Kita tunggu dulu parcel sampai 2-3 hari ni, kita tengok macam mana.

Antara semua ni baru 1 parcel sampai semalam. Lepas ni macam biasalah Bapak la yang tukang update di WA grup famili mana-mana parcel anak-anak dia yang sampai. Semua pakat hantar umah mak. Hihihi. So far tak pernah lagi saya guna alamat ofis. Orang lain macam-macam parcel sampai di ofis.

Buat sahabat blogger yang lain, maaf ye takde komen di blog korang. Entah kenapa malasnya nak menaip di komen tapi saya ada je baca korang berbuka apa, masak apa, buka di mana. Malah ada juga yang diuji kesihatan, semoga cepat sihat ye semua. Allah uji sebab Allah sayang.

 

21 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. meriah tu shopping kat TT ;) MZ masih old style laa shopping kat shopee ajer..terbeli jugak bg kurung lace sepasang, may be nak pakai utk raya, ari tu dh beli pun utk raya cuma tak sure nak pakai yg mana plak nanti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Shopee posatage mahal MZ, tt ok lagi postagenya kalau ke SS ni.. hehe

      Delete
  2. Shopping kat TT dan Shoppe senang. Murah pulak tu. Cuma risiko kalau beli pakaian, saiz yang ngam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang tapi bahaya, x sedar boleh terover shopping

      Delete
  3. dekat online pun boleh shopping...hihihi..linda pun dalam list tu, vakum cleaner tu..memang aim, senang nak cuci karpet je nanti

    ReplyDelete
  4. tik tok saya dah kena banned. hikmahnya.. kurang le saya bershopping

    ReplyDelete
  5. Baru beli palazzo RM0.28 di TT. Asalnya nak tengok update TT kawan. Terbeli 28 sen palazzo yg tengah live.

    ReplyDelete
  6. Sakannya shopping! Hehe ...
    Takpelah Kakmim, happy pills gitewww :)

    ReplyDelete
  7. Wahh seronok ya shopping... CUya pon shopping baju di shopee dan makeup di tiktok.
    Raya nanti nak cantik2 gitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak dara mmg ler kena cantik² cuya kan.. hehehe

      Delete
  8. uish.meriah shopping online tu..
    pas tu tunggu abg posmen la..

    ReplyDelete
  9. Sebab tu saya takde tiktok.
    Selamat ber-shopping online, Kakmim. :)

    ReplyDelete
  10. I feel you kaaaak , 😍. Tp semua yg kakak beli nih worth it lah dengan harga dia yg murah. Apalagi dah nak raya. Memang kebutuhan yg kita perlu 😄👍.

    Saya kalo belanja barang2 keperluan keluarga, pasti cari online. Dan kalo ketemu harga murah, bagus, beli banyak itu justru lebih untung kan 😄🤭.

    ReplyDelete
  11. i feeel u kakmim! Ana sedang menahan sabarrrrrr drpd tgk tt live hahahaha

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form