Follow Us @soratemplates

Showing posts with label Shopping. Show all posts
Showing posts with label Shopping. Show all posts

06/05/2021

If You Believe by Mary Kay - Recommended!

May 06, 2021 14 Komen

Suka bau perfume Mary Kay yang baru ni tau! Wanginya menepati citarasa saya. Tak menyesal beli. Botol pun aumm! 

If You Believe ni launch di sistem hari Sabtu lepas. Sejam je terus OOS. Saya dah remind adik masuk chart awal bila tiba je masa tu terus check out. Haha! Kalau tak, memang tak sempat lah.


PWP dapat beg hitam menawan ni dengan harga RM25 je. Kualiti material best giler. Kerana beg ni lah nak beli perfume ni tapi bonus, perfume pun bau sedap jugak. Berbaloi jer rasa dengan Mary Kay. Tambah-tambah lagi kalau dah member. 

Plan nak guna bawak bekal je nanti lepas raya. Hihihi.

Ada ke yang dah habis perfume? Grablah If You Believe ni memang berbaloi. Baunya fresh & manis. Tapi 17 Mei nanti baru start postage balik sebab item sekarang memang OOS di semua warehouse. 

Kalau ada yang nak order dari saya boleh je, nanti Mary Kay akan terus pos dari warehouse yang berhampiran lokasi korang.



01/05/2021

Shopping Raya Musim Pandemik

May 01, 2021 12 Komen

Ouch! Tajuk gempaq tapi takdelah shopping sakan sangat pun. 
Dari semalam dah Ayah IMAN ni ajak pergi Aeon.
Orang tua ni kalau dah kata nak pegi tu memang selalu 'kejeron'.
Haa.. ingat ke dak "kejeron" tu apa?
Hihi.

Ayah IMAN nak shopping barang raya #theIMANs je sebenarnya.
Walaupun tahun ni macam tahun lepas jugak, ibarat tak raya.
Tapi keperluan budak-budak ni kena diadakan.
Biasalah, raya ni budaklah yang paling happy.
Lagipun diorang semua berpuasa.
Mestilah ada bonus untuk mereka.
Walaupun ala-kadar je, tapi bila dapat barang baru confirm diorang happy.

Memandangkan kes Covid 19 ni masih tinggi kat sini memang tak berani nak bawak #theIMANs ke shopping mall. Caranya guna kaedah dulu-dulu je lah. Nak beli kasut, awal-awal lagi Ayah diorang dah potong straw untuk ukuran kaki diorang. Kakak jer tak sebab Kakak saiz dewasa dah, dah senang nak pilih.

Tadaaa!! Inilah straw ukuran kaki budak bertiga tu.



Caranya senang je.. buat jer macam ni. Tak tau nak beli selipar ke sandal. Kita tengok saiz dulu.


Ini tak muat ni, tengok straw tu pendek daripada sandal.


Beli seluar jeans anak, Encik Suami siap bawak measuring tape lagi! Kalau saya memang beli ikut saiz je umur je. Malas nak ukur-ukur. Haha!


Dah setel barang-barang anak, dia pulak shopping. Saya tukang tengok je. Weekend kan plastik kena bayar kat Aeon nasib baik sempat bawak beg sendiri tadi. Tapi untuk kasut terpaksa jugak sedekah 20 sen kat Aeon.


Begitulah hujung minggu kami. Lama jugak tak menshopping. Setel di Aeon, si dia ajak ke Parkson pulak, di shopping mall yang lain tapi kami tak zohor lagi. Seram pulak saya nak guna telekung Aeon. Lelaki senanglah. Saya tak plan pulak nak keluar sampai petang so memang tak bawaklah telekung dari rumah. Nasib baik dia okay saya ajak balik. Hihihi.


 

23/01/2021

Last Self-Reward 2020

January 23, 2021 22 Komen

Last self reward untuk tahun 2020. Beli dengan trusted PS masa Christmast Sale 2020 dulu. Sakit pulak mata tengok sebaris nama yang tak lurus macam tu, tapi apa boleh buat. PS cakap space kecik. Hmm..


Kakmim boleh dikatakan gila handbag jugak. Tak kisahlah murah ke, mahal ke, kalau rasa nak reward diri sendiri akan beli jugak. Bak kata mak Kakmim, "untuk melekat duit". Iyolah tu.


Awal tahun 2021 hari tu Kakmim ada cakap pada diri sendiri, tahun ni nak kurangkan self reward macam ni. Kurangkan beli baju, beli tudung, beli handbag, beli jam. Kasut.. Kakmim jarang beli sebab Kakmim sejenis yang akan pakai sampai betul-betul uzur. Sebab tu suka beli yang branded sebab tahan lama dan paling penting selesa. 


Hari ni 23 hari di tahun 2021. Sampai bilakah Kakmim bertahan? So far baju takde beli online cuma tudung tu ada pre order. Oops. Handbag takde, jam takde. Shopee pun takde. 


Doakan ye bertahan sampai hujung bulan. 

29/06/2020

Ice Glam Black vs Ice Ola Dazzling Blue

June 29, 2020 0 Komen
Duluuuuu.... saya peminat Swatch. Entah sekarang selesa pulak dengan Ice Watch. Senang dijaga, harga pun berpatutan, nak lagi patut, beli masa ada sale tapi for sure lah dah tak terlalu baru lah kan. Tapi takpe, as long as boleh beli.

Last weekend semasa di Vivacitu terlalu kiosk reseller Ice Watch, boleh pulak tertengok koleksi Ice yang display kat situ. Adoi la, menarik sungguh, kaler ceria betol, hyper color semuanya. Dijamin acah² look young kalau pakai ni. Kah kah. Ye la tahun depan dah 4 series, macam manalah anggapan orang umur dah meningkat ke angka 4 ni kan?

Belek punya belek, tersuka pulak dengan si Dazzling Blue. Sekarang musim² tersuka kaler biru pulak, nak beli baju ke, hand bag ke, kasut ke mesti tengok biru dulu, tapi dark blue lah. Tudung pun macam tu jugak, tak tau lah. Faktor umur kot. Kalau dulu mesti suka merah, sekarang kalau tak biru, coklat. Kaler rasmi Kakmim kata Ayah Iman. Heheh.

Tadaaaa... my Ice Ola, si Dazzling Blue ๐Ÿ˜

Perasan muda kan? Kaler budak sekolah sungguh.

Ice Ola ni koleksi ke-2 Ice Watch saya. Tahun lepas dapat Ice Glam Black dari Ayah Iman. Hadiah hari raya tahun lepas. Hihihi.

Kaler ni dewasa sikit lah. Black & rose gold, feminin sikit feeling ๐Ÿ˜Š

Suka pulak dengan Ice Watch ni, box pun lawa. Boleh dijadikan tabung. Si #anakno2 asik mintak jer nak buat tabung tapi ibunya kedekut takmo kasi. Hahaha.

Change You Can yang oren & rose gold tu boleh bukak untuk buat tabung. Tapi nasiblah anak oi jumpa mak kedekut ni. Biar dia simpan dalam almari daripada bagi kat anak. 

Si Glam dah ada kawan dah si Ola. Hehehe

Yang ni I love sangat² ๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Tapi saya ni bukannya collector tegar jam pun sebab saya jenis yang setia. Kih kih. Setia pada yang satu je. Jam Swatch kesayangan saya dulu beli tahun 2012 baru je ganti tahun 2019 dengan Alba. Entah kenapa si Alba rose gold tu boleh hilang pulak. Sampai sekarang tak pernah jumpa, tak tau lah dia pergi mana.

Kalau adik saya, memang collector jam, pakai jam ikut kaler baju. Hahaha. Saya takde lah sampai macam tu sekali. Cuma sekarang kekadang pakai jugak Xiomi Band tu, kalau rasa nak aktif la. Tu pun Ayah Iman yang punya tapi dia bagi saya pakai so terus synchronize ke henpon saya lah, apalagi. Hihi.





27/06/2020

Layan Hobi Ketua Keluarga

June 27, 2020 0 Komen
Selalunya kalau kami keluar berdua memang nak mencari barang² Puan Bini jer tapi hari ni terbalik pulak, hari ni hari untuk ketua keluarga pulak. Ye la dalam hubungan suami insteri ni kena ada give & take baru rukun damai rumah tangga, ye dok? Hehehe.

So hari ni kami dating memang dengan target nak cari barang ketua keluarga Kakmim ni. Asyik mengadap Shopee jer survey gitar elektrik. Tak larat pulak Kakmim tengok so Kakmim cakap nanti la Kakmim temankan cari kat sini je, takyah beli online, Beli jer kat kedai puas hati, boleh try pastu tak perlulah nak menunggu lama. Almaklum je lah postage Shopee tu macam mana, boleh tumbuh janggut nak menunggu barang yang diorder sampai.

Mulanya dia dah google jumpa 1 kedai tu, katanya area Kota Samarahan. Ok Kakmim follow je. Owner kedai bagi location, kita driving follow je tapi bila dah sampai tak jumpa pulak kedai. Last-last kami ke kedai yang dia dah memang sedia tahu dah di Kota Sentosa. First time tau Kakmim pegi kedai alat muzik ni. Kih kih. Banyaknya gitar!! Memang rambang mata.

 
Kan? Macam² warna pulak tu.

Gitar akustik ada, ukelele ada. PA system lagilah banyakkkk dan pelbagai rate.

Tetiba Kakmim nampak harga offer ni. Encik Suami kata dia bajet dalam RM700 tapi ni macam terlajak murah pulak. So apa kata try lah dulu tengok macam mana.

Dannnn ketua keluarga kami pun testing gitar elektrik yang diidam-idamkan.... siap suh ambik video lagi sebab nak dengar bunyi dengan amp. Amp mahal memang bestlah bunyi.

Puas hatilah tu, tengok apa yang dia bawak. Nasib baik tak angkut amp sekali.

Dan tengok apa yang Puan Bini bawak.. hihi.. ada guitar stand sekali tau uols. Kakmim ingatkan mahal guitar stand ni, paling murah tadi RM40. Ok la mampu milik. First time kan noob lagi ๐Ÿ˜›

Welcome home awak ๐Ÿ˜Š selamat menjadi warga #imanfamilia ๐Ÿ˜‚

Pastu kan bila sampai kat umah menyesal pulak tak angkut 2 sekali guitar stand, habis tu gitar capuk yang akustik tu nak letak mana pulak. Takpe, akan diuruskan lepas ni. Hahahaha.

Ok jugak ketua keluarga pandai main gitar, pernah jugak la dia main gitar Puan Bininya melalak menyanyi, feeling² buat show akustik. Kah kah.. ok what untuk aktiviti famili. Kau Ilhamku pulak tu, berkali² main dan record. Hahahaha... ko hader tak bini yang perasan bagus macam Kakmim? Tak hader kan? Hahaha. Jangan kecam ye.

Oh ya, yang area Kuching nak mencari instrumen alat muzik ke PA system ke, kat Kota Sentosa ni senang jer nak carik J.K Music berbanding Dalen Music Store yang kami cari tapi tak jumpa siang tadi ๐Ÿ˜…








16/12/2019

Wanita dan Tupperware

December 16, 2019 2 Komen
Ehem! Sensitif sikit kan bila disebut tupperware ni. Entah apalah sumpahannya. Walaupun dah ada tetap jua masih mencari. Bilalah nak insof. Hihihi.

Siapa tak suka tupperware?? Tipulah kalau pempuan tak suka tupperware. Kalau boleh setiap bulan nak je tupperware baru tapi tahan.. tahan... sesungguhnya aku berpuasa tupperware. Ye ke??

Weekend ari tu kan Kakmim ada program student. So bermalamlah di tempat budak² camping. Nasib baik bermalam semalam je kau, kalau tak, mau dapat banyak lagi.. ehem... tupperware baru uols!! Hahaha.

Sesambil bebudak buat discussion dalam kumpulan, kami-kami ni (Kakmim dan sorang kawan je) udah ler mata ngantok tangan pun apalagi laju jer lah scrol²  di fb. Alih² terjumpa satu post ni, nampak satu gambar, lawa!! Macam rare je. Hmm..

Nampak ni ha!!!

Amacam? Rare kan? Ye lah sebab ni tupperware oversea. Berangan dulu ni. Pastu scrol lagi dan lagi page tu. Amboih... laju ye tangannya.

Jumpa 1 lagi!!!

Kaler ni rare kan? Hahaha. Gila betoi pastu kami decide untuk proceed 2 set tu pastu share sorang 1, ambik 1 botol sorang. So setiap satu set kami akan dapat. Hahaha. Duduk² macam tu boleh tershopping botol air. Apa? Botol air lah. Tapi maaf la bukan untuk anaknya, untuk mak nya. Anaknya biarlah pakai edisi yang lama dan local. Mak nya kena rare. Hahahaha.

Dan Kakmim terus whatsapp seller dan buat payment. Now tengah tunggu Pos Laju jer lagi!!! Yeehaaaaa!!! Dah ada botol baru untuk tahun baru 2020!! ๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Botol yang banyak² kat umah tu nak buat apa??? - monolog Kakmim

Tu pun pakai jugak la, bawak pergi shopping ke. Yang macam rare ni macam lawa je ni bawak pegi opis, boleh bawak minum kat kedai mamak. Nanti kalau tertinggal atas meja akak kedai mamak tu marah sis sebab tinggalkan tupperware. Alaa.. Sis tak sengaja la. Hihihi

Apa lah nasib wanita ni kan? Tu lah ada 9 nafsu. ๐Ÿ˜ฉ

26/08/2010

Mini shopping di booth blogger

August 26, 2010 13 Komen
Malam tadik seperti biasa pergi bank, bayar utang-piutang semua.
Before ya tek pergi Super Mall lok encarik susu anak kawan ku.
Nak ngepos ke KK sebab di KK sikda berisik susu ya.
Tapi sik ketemuan di Mall.


Terus lah tek ku ngajak Encik Suami aka Ayah si Iman pergi ke eMart.
Walaupun dah kira ahir juak lah time ya, tapi urang gik melobo.
Kedong tek nak urang baruk payday.
Nak encarik baju melayu Ayah Iman lah tek.
Sesambil encarik susu juak.
Sesambil juak survei-survei barang k molah kueh.
Tapi nak..
Nama jak survei tapi terbeli shawl.
Kih kih kihh...
Ada baju lom ada shawl bah, tudung ada tapi nektok kan I prefer k shawl.
Hahaha... nang ngegeh.


Nak dijadikan cerita tek.
Masa nangga-nangga shawl di sigek booth tok.
Nang up-to-date lah barang di booth ya.
Salesgirl nya chubby tapi cute gilak.
Tokey nya tek tersenyum-senyum.
Nang ada daya penarik lah booth ya tek.
Muka ada senyum mestilah manis nak?
Hehehe.


Aku tek tengah nak encoba ngator shawl rah palak.
Si adik salesgirl yang cute ya macam ikhlas jak melayan aku.
Suk lah aku mun gia koh.
Hahaha... nang dasar rempuan juak aku tok.


Tiba-tiba tauke datang...


Tauke: Kitak Mira nak?
Aku: Aok. Kitak sapa oh? (Senyum-senyum lah aku tek)


Bukan apa, ku takut juak member sekolah lamak ka, lak madah kita lawa.
Aku nang sikda idea sine ku pernah jumpa rempuan ya.


Tauke: Kitak blogger nak?
Aku: Aok.
Tauke: Hmm... kenal lah kamek.
Aku: Kitak sapa ooh?
Tauke: Kamek blogger juak. Ngegeh Babe.
Aku: Ohhhh... paduhal
(Dalam ati, sik sangka juak ada juak urang kenal ngan aku)


Kecik jak sora nya madah nickname nya tek koh. Hahaha.


Alu la tek terus nya melayan aku meli shawl di booth nya.
Kacak-kacak bah.
Tudung syria ada juak.
Kelak mun ada rasa nak beli shawl agik harus embak baju terus ke sia.
Senang nak matching-matching.
Kih kih kih...
Dasar rempuan oh...
Sib bait lah Ayah Iman seorang yang bait, understanding, gentleman, loving man.
Nya layan jak kerenah aku mun nak berbeli ya, berbeli tok.
Sayang Ayah Iman eh.


Thanks for everything, Yang!
Haih, melelat indah aku lok..


Sik sangka.
Walaupun sik rapat ngan  Ngegeh Babe, jarang komen di blog nya, tapi nya rapih.
Camya lah kita berjual, mulut sik boleh berat ooh.
Hehehehe...
Lak raya gi umah.


Kecik juak dunia blogger di Kuching tok padu....
Eh, lak mun ada blogger lain tertemu di pasar, jangan lupak negur ah.



15/08/2010

Sticker untuk mengingati pembelian aset

August 15, 2010 5 Komen
Dolok masa mek orang adik beradik kecik², mun mak ngan bapak ada beli barang baru, mesti bapak akan polah sticker yang ada "MFBN/tarikh barang dibeli" kat barang ya. Sticker ya bukan macam sticker yang mcam kat Wisma Hopoh ya, lain! Sticker ya boleh kita polah dirik pun. Macam tok rupanya.



Hampir setiap barang mek orang seperti walker, uyut, mainan mesti bersticker tok. Even barang-barang umah pun dilekat ngan sticker cam atas ya.

Tapi nektok sekda gik makei sticker ya. Bapak madah sticker ya siktauk sine nak beli ataupun sikda nemu kedei berjual ya agik. Nektok bapak pun dah beralih makei sticker yang di Hopoh ya. Tapi sik bertarikh agik la barang nya, cuma ada "MFBN & alamat umah jak". So mun urang nak berpinjam kipas angin ka, oven ka, apa ka barang umah, senang la nak detect. Nangga sticker ya dah tauk mek orang pun.

Iman Madihah, anak sulung, cucu sulung, of course banyak beli barang baru ngan nya. So far sikda 'bertanda' cam barang mek orang gik kecik dolok. Yang paling best bersticker ya kita dapat ingat umur barang ya sebab nya bertarikh. Barang² Iman? Tedah nya, Ibu lupak jak nak molah sticker kat Hopoh ya ngan nya. Mostly barang nya dibeli tahun 2009 tek, masa nya lom lahir ya, ada yang masa umur nya sebulan (macam stroller). So nak ngingat nektok dengan gambar ngn blog jak lah. Ada gambar masa 1st time Iman outing akan mengingatkan Ibu masa stroller dibeli di Anakku The Spring. Hmmm...

Tok baby chair Iman, dibeli 7 Ogos 2010 sebab ngenang bulan posa semua urang sungkei, sikda urang nak jaganya. Dibeli di Parkson Riverside.

Car seat Iman dibeli di Upwell Kubah Ria. Beli ujung bulan 7 kali before birthday Ibu. Sik ingat tarikhnya. Mok nangga lam FB coz yang diingat pas beli terus upload kat FB gambar nya 1st time duduk dalam car seat.

So kinek tok cara nak ngingat bila aset² Iman dibeli  ialah dengan nangga gambar rah FB atau kat blog jak lah. Kat blog pun jarang juak nak update pasal barang² yang dibeli untuk Iman.

Kitak orang ada cara lain kah nak ngingat/key-in aset² yang kitak orang beli? Kira macam molah surat beranak la pakei aset ya. Macam salu dipolah di opis eh! Haha..



15/07/2010

Gaun lagi

July 15, 2010 6 Komen
Entah kenapa sekarang saya gila tengok baju gaun untuk Iman.
First time beraya dengan anak perempuan ler katakan.


Rasa macam nak jer yang ni.


11/07/2010

Mencari kelainan untuk si kecil

July 11, 2010 1 Komen
Kredit to Nafyda

Cantik tak kasut ni?
Saya plan nak beli 1 untuk Iman Madihah.
Tapi yang ni kena booking dulu.
Tapi mak saya cakap terlalu awal nak beli kasut raya Iman Madihah.
Tapi kalau tak beli sekarang nanti habis pulak kasut ni.
Memang lah tak lawa sangat tapi saya suka.
Sebab?
Sebab unik.
Ala² retro gitu.
Lepas tu saya nak Iman pakai dress warna hitam.
Mesti vouge Iman Madihah nanti.
Saya suka sangat dressing anak Sharifah Shahira masa ABH dulu.
Wahhh... masih ingat tu sampai sekarang.
Saya nak Iman Madihah pakai macam tu la.
Takpe, usaha tanga kejayaan kan Iman.
Ibu mesti kena selalu usha² kat blog shoping online.
Pernah jumpa dress warna hitam tapi tak berkenan pulak.
Bestnya dapat anak perempuan.
Saya jadi perunding fesyen tak berbayar untuk anak sendiri pulak.
Hehe.

Mencari kelainan?

Ya. My favourite dress, polka dot warna coklat. Suka sangat. Nampak matured pulak.

My favourite pose. Capture the moment.

Iman Madihah saya comel sebab dia selalu pose buat muka serius & garang. Itu yang membuatkan Iman Madihah comel semacam daripada baby² lain. Ini saya quote daripada seorang kawan saya, yang dah ada 2 orang anak. Bukan saya yang cakap.

Kalau orang nak cakap saya perasan anak saya comel, itu terpulang lah. Tapi bagi saya anak yang saya kandung 39 minggu memang comel, memang tetap saya sayang. Saya rasa semua ibu pun akan berperasaan macam saya. Siapalah yang tak saya darah daging sendiri. Hmm...


04/09/2009

Shopping

September 04, 2009 0 Komen

Tahun tok 1st time beraya sebagai isteri dan of course bila dah bergelar isteri ya mesti la ada FIL. Camne oh nak membagi-bagi masa ngan umah FIL? Eh, sikpa lah. Malas mok mikir lok. Lagikpun umah dekat. Arum bulak enjin keta lom panas gik dah sampei depan pintu umah IL. Huhuhu. Sib bait, sib bait.

Shopping raya? Oh, sikda koh. Aku ngan Mr Hubby gago bershopping barang k nyambut urang baru kelak. Insya Allah. Lagikpun apa nak dishopping ku? Baju? Sigek yak k pagi raya, baju kurung. Kasut? Ne pat nak makei kasut kacak. Ish, nang rasa sik raya jak eh. Tapi shopping barang baby best lah. Rasa mok beli jak semua yang kiut-kiut ya. Tapi sikda la nak beli semua. Tokey balak pun bankrap mun gia.

So far barang-barang baby dah hampir nak complete. Ubat-ubatan gik lom prepare papa. Pas raya kelah lah, Insya Allah.

Baby.. sik sabarnya Ibu nak cium-cium, peluk-peluk baby

:minimo_39:

post signature


07/11/2008

Kek Lapis Yong

November 07, 2008 5 Komen
Yong,
Kite dah pos kek lapis awak dah
Semalam balik kerja kite terus pi beli



Nak lapis cadbury kan?
Atau lapis india (nama sebenarnya)
Dan satu lagi ni tak ingat lak namanya



Semuanya RM35 jek
Yang lapis india tuh RM25 ek



Kite ingatkan nak pos pagi tadi
Tapi BB ada
Pastu nak hantar borang SKT lagi
Tak sempat la
Tapi kol 2 sempat lagi kuar pi pos



Semuanya dah setel k
Heharap Isnin nanti sampai la ke Kajang

24/09/2008

Kurang seminggu lagi

September 24, 2008 5 Komen
Minggu ni kemaruk meeting
Ntah apa-apa la BB meeting hari Jumaat 2.30 petang
Semua orang dah semangat nak bercuti
Dia plak sibuk nak buat meeting pengurusan
Kalo meeting 2.30 mestinya habis after 5
Biasa la BB tu
Bukannya reti nak bajet masa
Cakap main suka dia jer

:cinonet_48:

Hari ni dah 24 Ramadhan
Kurang seminggu lagi umat Islam nak berhari Raya

:pandaGeli_27:

Semalam dah payday
Bonus pun dah masuk
Tapi aku tak beli bahan untuk buat kuih lagi
Baju kat tailor tak amik lagi
Mak lom bagi
Bapak lom bagi
Persiapan kawen lagi?

:cinonet_47:

Nasib baik kasut raya adik-adik aku dah siap beli dah
Kalo tak, gerenti susah nak pilih lagi dah sekarang
Lain dengan orangnya yang ramai
Lain dengan dah takde saiz
Aku sendiri plak
Dah berapa kali survey dah
Handbag, kasut
Ingat nak buat appreciation untuk diri sendiri
At last beli yang 50% jek
Sebab si dia sibuk sangat dah nak belikan
Aku tak sampai hati lak nak demand mahal-mahal
Janji aku berkenan
Macam best dipakai
Dan harga pulak berpatutan
Aku on jer
Thanks, Yang :pandacloud_08:

:puteh_2:
Tak sabar tunggu adik-adik aku balik
Yeay!

:pandaGeli_02:

Tahun ni my grandpa & grandma
Nak berhari raya di umah kitorang
Harap-harap
Diorang tak berubah fikiran