Dapat Apa Kerja Di Hujung Minggu?

Hujung minggu pun kerja ke? Aah, selagi KPI belum tercapai selagi tu lah tetap kerja. Macam mana kalau kerja di hujung minggu? Boleh claim apa? Kira OT ke?

Itu FAQ biasa peserta kursus kami kepada kami yang berkhidmat untuk komuniti di hujung minggu. Kekadang kenalan dan keluarga terdekat pun suka tanya soalan yang sama. 

Bukan orang luar saja, staf Politeknik yang teringin bertukar angin berpindah di Kolej Komuniti pun selalu risau bab kerja hujung minggu ni. Soalan cepu emas yang selalu ditanya, kena kerja setiap hujung minggu ke? Eh, tak lah. Perancangan kursus pendek di hujung minggu kita sendiri yang rancang, dan kita boleh plan sendiri bila kita nak rancang buat kursus. Ikut masa kita, tak adalah kena kerja setiap minggu. Selalunya 2 kali je dalam sebulan.

Kalau kerja Sabtu Ahad ni layak OT ke? Takkk, kami tak layak OT. Cuma layak untuk claim cuti ganti. Itu pun kena kerja cukup 9 jam. Lepas tu baru dapat claim cuti ganti sehari. Dokumen pun kena cukup jugak la. Kena check in, check out Spotme, ada surat lantikan bertugas, key in permohonan di HRMIS. Dan kalau disokong dan disahkan pengurusan tertinggi barulah dapat cuti tanpa rekod sehari. Banyak hari kerja hujung minggu banyak la dapat cuti ganti. Kelebihan di sini jimat la cuti rehat tahunan.

Selain tu, bila kerja kerja kerja, harapannya KPI akan tercapai. Bila KPI dah tercapai, boleh la slow down sikit, tak gitu.

Hari Sabtu masuk kerja 7.15 pagi, semakin awal check in semakin awallah boleh check out dan balik kan? Barulah dapat berhujung minggu. Yeehaaa!!



14 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Selamat bekerja kakmim.. Have fun!

    ReplyDelete
  2. Cie pun ada masa kena kerja hujung minggu. Tapi kami boleh claim OT. Kalau kursus baru boleh claim cuti gantian atas kelulusan pengarah.

    ReplyDelete
  3. Kerja hujung minggu best sikit. Jalan pun lengang je nak ke tempat kerja.

    ReplyDelete
  4. Kalau buat bisnes macam saya, everyday is working day. Hehe.

    ReplyDelete
  5. Betul tu, yg seronok cuti tahun jimat, tapi ada jugak tak seronoknya sebab terpaksa tinggalkan family kat rumah.

    ReplyDelete
  6. Moga dipermudah kan semua urusan.

    ReplyDelete
  7. ok jugak la tu dapat cuti ganti dan isi masa. Apa pun, jaga diri jangan overwork pulak kak

    ReplyDelete
  8. kalau Ana ni pulak dlm sebulan kdg ada 2 kali kena kerja hujung minggu tp tak blh claim apa-apa sbb dah mmg tertulis dlm agreement huhu

    ReplyDelete
  9. Kira ada kelebihan jugalah dapat claim cuti. Tapi tulah hari Sabtu macam tak best lah sikit kena kerja kan.

    ReplyDelete
  10. Memang jimat cutilah.. KPI tu yang paling pentingkan Kakmim..

    ReplyDelete
  11. Macam saya dulu. Ada staff yg bisa klaim OT. Tp staff di level managerial tak boleh, hanya bisa klaim cuti ganti.

    Tapi dulu saya semangat kerja weekend, saat awal2 Krn bisa dpt ot. JD bisa menabung LBH banyak untuk traveling .
    .
    Saat JD manager, semangat juga, Krn bisa tambah cuti 😄

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form