Pengalaman Menyertai Bridge Building Competition 2025

Pertandingan berlangsung pada 20 Mei 2025 (Selasa) yang lalu di SJK Chung Hua No 3. Pengalaman pertama Awan mewakili sekolah untuk pertandingan Karnival Stem Generasi Madani ni. Terima kasih kepada guru-guru pembimbing mereka yang memberi kepercayaan kepada 3 anak muda ni terutama kepada si #anakno3, Imran.

Darjah 6, darjah 5, darjah 5. Semoga tahun depan diberikan kepercayaan sekali lagi untuk mewakili sekolah untuk bina jambatan.

2 minggu berlatih setiap hari di sekolah. Setiap hari stayback, KAFA pun skip, tapi dah dapat kebenaran daripada pengurusan sekolah. Sejam je sempat masuk KAFA. Konsep pertandingan ni, bina jambatan guna kayu lidi, design sendiri (tapi cikgu lah yang kena fikir) dan lastly uji jambatan dengan pemberat. Jambatan yang dapat menampung paling banyak pemberat, jambatan tu lah yang jadi juara. 1 pemberat masa pertandingan bersamaan dengan 5 kg. Tapi masa latihan di sekolah mereka uji guna botol yang berisi air je.

Masa pertandingan sangatlah mendebarkan. Guru pengiring tak boleh mendekati peserta yang sibuk buat jambatan. Masa yang diberikan untuk bina jambatan selama 4 jam. Macam hari tu mereka start bina jambatan jam 8 pagi dan 11 lebih jambatan dah siap. So ada masa lagi untuk tunggu gam jambatan kering. Masa pengujian bermula jam 2 petang.

Kredit video dari TT guru pengiring Awan. Tahun ni mereka tak ada rezeki dapat top 3. Team mereka hanya berjaya bertahan dengan 9 pemberat (45 kg) dan jambatan roboh di minit ke-5. Masa ni Ibu memang takmo tengok update dari cikgu. Walaupun takde di tempat pertandingan tapi debaran memang tetap terasa. Insya Allah, next time cuba lagi Awan. Semoga ada rezeki untuk next time tu. Terima kasih guru pembimbing dan guru pengiring yang memberi kepercayaan kepada team mereka bertiga. 

Next, nak fokus pertandingan water rocket pulak. Chaiyok chaiyok Alan, minggu depan masa Alan pulak untuk berjuang demi nama sekolah.





 

13 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Replies
    1. Tq auntie.. pecutan terakhir weekend ni utk launch roket

      Delete
  2. bagus anak-anak suka join aktiviti macam ni, daktiga ni kena paksa baru nak join.
    kadang, cikgu dah pilih siap-siap mereka yg kena join.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cikgu yg pilih cha.. syukur jugak terpilih sbb dpt markah PAJSK

      Delete
  3. baru ja tengok kat tik tok cikgunya tadi. Tak sangka pula anak Kak Mim.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke? Cikgu madi follow cikgu Lo juak rupanya.. hehehe

      Delete
  4. Alhamdulillah...dah masuk dalam pertandingan tu pun hebat dah...good luck for the next competiton...

    ReplyDelete
  5. Bagus ni, dapat pengalaman dan pendedahan wpun belum rezeki menang. Tahun depan cuba lagi 💪🏻

    ReplyDelete
  6. waahhhh sudah capai tmpt ke 9 pun sudah mantap tu. all the best Alan utk water rocket!

    ReplyDelete
  7. zaman kita sekolah dulu takde gini kan. 45 kg tu berat saya masa anak dara. nanti next year try berat auntie sal lepas kawin plak. hehe

    ReplyDelete
  8. Good job Awan & Alan.
    Teruskan berkreativiti.

    ReplyDelete
  9. Ikut ini saja pun dah suatu pengalaman buat mereka. 👍. Saya tonton video nya dan sukaaa Krn guru mereka pun semangat bagi motivasi.. tahun depan coba lagi, dan semoga berhasil JD juara 👍

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form