Kursus Penghasilan Tauhu Keping

Hari ni bertugas di luar, sempat makan bekal di ofis dan lepas tu terus rushing ke MARDI sebab ada kursus penghasilan tauhu keping. Kalau nak tau, MARDI ada menawarkan kursus latihan sangkut dengan yuran penyertaan sebanyak RM100. Program kami kali ni berkolaborasi dengan MARDI so peserta semua ditaja. Tinggal datang lenggang kangkung bawa badan je.

Macam biasa program tahunan kami sasaran peserta cuma 15 orang untuk 1 program, tapi hari ni 11 orang je yang datang. Yang lain-lain tarik diri. Tak apalah, nak cari pengganti last minit susah jugak sebab dah key in dalam sistem. Yang best bila peserta tak ramai, penyelaras pulak yang excited tanya banyak soalan cepu emas kepada pengajar. 

Macam biasa selesai kursus, peserta akan bawa balik hasil kursus. Penyelaras yang juga penganjur of course pun akan dapat. Saya ler tu. Sebelum balik ofis, hantar sebungkus tauhu di rumah mak, seorang peserta dapat 5 keping tauhu untuk dibawa balik. Ngam sangat mak tengah menumis sayur, bapak pulak tengok tauhu masih suam-suam kuku terus goreng. Kami makan cicah sos pedas jer. Fuh, tak sempat nak beli taugeh dah. Tauhu goreng pun on buat ala-ala ulam makan dengan nasi panas.

Tauhu keping homemade
Hasil tauhu keping yang siap dipotong. Cantik kejadiannya.

Alat pencetak tauhu keping
Beginilah alat 'pencetak' tauhu yang ada di MARDI.

Latihan sangkut MARDI
Air soya yang ditanak kenalah dikacau perlahan-lahan, api pun tak boleh terlalu kuat, tak boleh juga terlalu perlahan. Peserta bergilir-gilir buat semua proses, biar semua merasa.

Jemput tekan button Play ya.

Kursus hari ni peserta dapat 3 resepi, air soya, tauhu keping dan taufufa. Tapi yang hands-on diajar buat tauhu kering dan taufufa sahaja. Tapi taufufa sedih sikit sebab tak menjadi. Mungkin sebab faktor GDL yang digunakan sebab GDL cepat mengeras. Benda di luar jangka kan? Tapi taufufa yang tak menjadi boleh diconvert jadi tauhu keping. Takda masalah pun. Nak try makan taufufa dengan air gula, ada pegawai MARDI yang bergelar Dr tak benarkan. Dia tak puas hati bila tengok kejadian taufufa yang tak licin teksturnya. Reject terus.  Kami hanya mampu berhuhuhu.

Tapi di akhir kursus semua peserta puas hati, siap bawa balik tepung saiko sikit sorang untuk try buat tauhu di rumah.

Nota kaki: Tepung saiko dan GDL ialah antara bahan-bahan dalam penghasilan tauhu keping dan tauhu manis (taufufa).

mana nak beli tepung saiko
Tepung saiko

GDL untuk membuat tauhu keping
Glucone Delta Lactone (GDL)







 

16 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Kalau dapat makan taufu fa sedap jugak tuu.. Lagi2 makan sejuk sejuk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu lah... lepas ni tunggu peserta update mana yg dah berjaya buat di rumah

      Delete
  2. Ingatkan GDL tu nama lesen bawa kenderaan berat, rupanya sejenis bahan untuk menghasilkan tauhu.
    Cantik kejadian tauhu tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ia kak, kalau xde GDL protein soya x boleh mengeras

      Delete
    2. oooo itu fungsi GDL.. ana pun ingatkan GDL yg lesen kereta hehe

      Delete
  3. Bagusnya ada anjuran kursus macam ni. Boleh tahu cara pembuatan yang betul. Dapat belajar buat 3 jenis sekaligus daripada soya. Semua tu favourite. Terbayang bayang kesedapan air soya panas.

    ReplyDelete
  4. taufu fa tu kegemaran saya... tp takla makan selalu. sebulan sekali pun tak tentu...

    ReplyDelete
  5. Menariknya ada kursus gini. Walaupun mungkin nanti tak buat sendiri, tapi seronok dapat pengetahuan cara penghasilan makanan yang selalu kita makan.

    ReplyDelete
  6. nama tepung pun..."saiko" betul.. hahaha

    ReplyDelete
  7. best kursus hands on camni sbb puas hati dpt buat betul2 & dpt bawa balik hehe

    ReplyDelete
  8. Walaupun sukaaaa sangat tahu, tp belum pernah lihat secara langsung cara pembuatannya .. pasti menarik 😍😍😍. Tahu yg baru jadi, memang sedaap sangat saat dimasak

    ReplyDelete
  9. Wah kalau belajar betul betul ni. Lepas tu try buat dua tiga kali. Agak agak dah okey boleh jual. Jadikan side income.

    ReplyDelete
  10. Bagus sekali Mbak ikut kursus seperti itu.
    Senang juga ya ketika pulang masing-masing peserta dapat 5 keping tahu...

    Salam,

    ReplyDelete
  11. Pernah tolong mak buat taufufa dulu, masa tu mak belajar masakan kat KEMAS.
    Punyalah renyah sebab buat manual nak kena perah2 lagi huhu.. masa tu GDL tak jual pek kecil, kena beli cam sekilo rasanya. end up buang lah GDL tu sebab sekali je buat taufufa.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form