Makan Apa di Hainan Story Metrocity

Hari tu lepas korban, setelah melapah, membungkus daging untuk agihan, membasuh daging dan tulang-tulang yang bakal disupkan, saya ajak Encik Suami balik. Lencun dan melekit je rasa badan, cuaca pulak panas lit-lit. Selagi tak dapat mandi dan bersihkan badan selagi tu rasa tak selesa nak solat. Makanya kami pun balik rumah, yang lelaki semua stay di rumah mertua adik, si kakak je ikut kami balik. 

Encik Suami cakap dia lapar nasik! Ah, sudah. Saya udah ler kepenatan dan kepanasan. Jom lah makan dulu, nanti balik rumah mandi, solat dan rehat sekejap, katanya. Haaa.. baiklah. Dia cakap dia nak makan nasik ayam, cepat. So kami terus ke Metrocity nak makan nasi ayam Rabuyah. Alaaa... tutup pulak. Lupa pulak kedai ni memang tutup hari Ahad. Mana lagi yang ada nasi ayam di Metrocity ni? Takkan nak makan di foodcourt, dah la panas ni. Ting! Teringat Hainan Story.  Tengok review di medsos signature menu diorang memang nasi ayam. Boleh la kot try Berapa kali dah Encik Suami makan di Hainan Story di Metrocity ni, tapi saya asyik tak approve cadangan beliau.

Sebenarnya dah beberapa kali jugak dah Encik Suami ajak makan di Hainan Story di Metrocity ni, tapi saya asyik tak approve cadangan beliau. Oleh sebab nak makan di kedai beraircond, saya pulak yang cadangkan makan di sini. Apalagi dia on je lah, dah lama kan teringin nak try nasi ayam Hainan Story.

Menu apa makan di hainan story
Tapi dia order nasi kari ayam pulak. Iman order nasi ayam hainan. Di Hainan Story, kita pilih menu tulis di menu sheet, tulis nombor meja dan pergi kaunter untuk proceed dengan pembayaran. Semuanya setel awal. Kes terlupa bayar memang takkan terjadilh kat sini. Sebab selgi tak ke kaunter untuk bayar, selagi tu lah makanan takkn sampai-sampai. Staf yang ada pun tugasnya untuk serve makanan yang telah diorder je. Tak perlu susah-susah ambik order customer.

Apa signature menu di hainan story
Signature menu Hainan Story. Memang sedap. Penggemar chinese food confirm suka. Saya sebenarnya tak adalah lapar sangat sebab tu taknak order nasik.

Menu Encik Suami ni, dia kata ok ok je. Saya memang tak boleh nak brain nasik ayam dikuah banjir dengan kari ayam macam. Not my taste menu macam ni. Hihihi. Begitulah tak semua apa yang laki suka bini pun suka jugak kan? Masih ada yang tak sama citarasa walaupun dah bertahun-tahun hidup bersama.

Ada tak menu mee di hainan story?
Saya order luncheon egg noodle ni je. Bila sampai di meja, eh aku order maggi ke ni? Ahahaha. Tapi sedap la wey! Chicken fillet tu pun sedap. Crunchy lagi sebab belum terendam dalam sup mee.


Menu mee di hainan story
Fuh, mantap tapi tak pedas la. Kalau di rumah confirm lenyek cili padi kat dalam sup, baru menyala 🔥

Hainan story ada sijil halal ke tak
Ini yang menjadi modal Encik Suami ajak makan di sini. Hainan Story ada sijil halal, jom la cuba. Akhirnya sampai jugak di sini.

Hainan story mahal ke?
Makan 3 beranak, air order 2 je sebab saya cut sugar, dah 3 minggu tak minum air bergula. Ke sana sini memang bawak botol air sendiri je. Harganya mampu milik la. Menunya tak adalah banyak sangat, tapi nak duduk lepak, ada je menu yang sesuai untuk makan sambil bersembang.

Last but not least, yours truly & Iman. Seminggu 2x lalu Hainan Story ni tapi baru-baru ni terbuka hati nak menyinggah. Next time kami akan repeat lagi dengan semua hero pulak.

 

18 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Duluuuu zaman sekolah saya suka kuah banjir begitu kak. Tp makin naik usia, memang tak mau lagi 😄. Apalagi santan, beda cerita kalo sup yaaa. JD kalo makan yg kuah santan, tak nak sampai banjir. Secukupnya sajalah..

    Menarik menu2nya. Tp kalo kesini, pastilah pesan Hainan chicken rice, itu menu utama kan 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itulah, dah orgnya gila kari begitulah semua nak dicubanya

      Delete
  2. heheh mcm pelik plak tgk kuah banjir tuuuu

    ReplyDelete
  3. Rasa kembang je nasi tu bila terendam dalam kuah kari banjir tu. Kalau sup ok lagi jadi nasi air. Hihi. Selera setiap orang tak sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. sy pun suka kari tp xdelah sampai nasi ayam pn nk kuah kari banjir.. ahaha

      Delete
  4. Eloklah singgah makan dulu. Balik nanti tinggal mandi dan solat je. Kalau berlengas memang tak selesa nak solat. Ada hikmahnya, dapat juga KakMim menyinggah makan di sini akhirnya kan. Alamak, kalau saya pun kurang gemar kuah banjir macam tu. Kena asingkan kuahnya baru boleh makan. Nampak macam mi maggi, betullah KakMim kalau picit cili api baru menyala podehnya. Baru sedap makan. hihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita samalah fiza, sup kena picit cili api br menyalaaa 🔥

      Delete
  5. Aiseyh, kalau linda pun tak boleh kuah banjir gitu..
    Makan nasi kandar pun, tak boleh letak kuah banyak2.. Hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sy pn sama limda, mkn ns kandar kuah just nice je xmo banjir sgt

      Delete
  6. Wah, banjir kuah kari ayam tu ye.
    Peminat kuah kari tentu puaa hati dapat kuah banjir begitu.

    ReplyDelete
  7. Nasi ayam ni tak pernah jemu dimakan kan...
    Tapi nasi ayam kuah kari tu tak pernah jumpa and I don't think I would try kot...

    ReplyDelete
  8. Baru pagi tadi, suami saya pun makan nasi dagang kuah banjir kari ikan tongkol. Agaknya, suami semua taste sama tak, suka yang banjir.
    Hebat, kakmim, sudah 3 minggu tak minum air manis. Semoga istiqomah.

    ReplyDelete
  9. peminat kari suka lah kuah kari banjir mcm tu. surrrr katanya ehehehe

    ReplyDelete
  10. mcm pelik je..nasi ayam & kari.. x kot. tapi sbb ada peminat la, ada menu tu..kannn

    ReplyDelete
  11. Suka nasi ayam chinese style..
    adehhh... tengahari makan megi ya, mujur sedap.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form