Alhamdulillah, hari ini telah dipermudah korban Imran Mudzaffar atau Awan. Tidak seperti tahun-tahun sebelum ini, tahun ni kami ambil pengajaran tahun lepas, buat korban pada hari raya kedua, kalau tak tahun lepas kami terpaksa tunggu turn korban sampai selepas Asar dan aktiviti melapah dan mengagih sampai ke malam. Hari ni turn kami dalam 10 pagi, tunggu queue pun tak lama sebab pihak pengurusan penyembelihan korban dan siap-siap pun jadual untuk peserta korban. Alhamdulillah, semuanya mudah, lembu pun mudah diurus, alhamdulillah.
Semuanya selesai dalam masa 10 minit je, bermula saat memujuk si lembu sehinggalah selamat disembelih. Lepas setel di pusat sembelihan korban, lembu kami dibawa ke rumah mertua adik no 2 (Mak Aydin). Setakat ni rumah ni dah 3 tahun berturut-turut jadi port kami melapah dan memasak sup daging korban.
Aktiviti melapah, menimbang dan mengagih. Sebelum zohor selesai semuanya.
Tahun ni kami dapat 66 kg daging, tak termasuk organ lain dan tulang-tulang.
Seperti biasa, rebus tulang dan daging korban versi campak-campak. Head chef tahun ni my beloved bapak.
Peserta korban tahun 1446H, Imran dan Amirul.
Happy je semua bila hero-hero ni berkumpul. Sekejap main bola di tengah panas terik, sekejap main game henfon di rumah. Sekejap lagi makan. Cousin Iyul pun masuk line mereka jugak. Iyul lah paling happy, cousin sebelah ibu dan ayah semua ada.
Hari ni cuaca panas lit-lit. Tak tahan cuaca panas saya ajak Encik Suami balik rumah, mandi dan solat di rumah dan lepas Asar baru ke rumah nenek Iyul balik untuk menikmati sup daging korban. Alhamdulillah untuk nikmatNya hari ini.
Alhamdulillah lancar prosesnya 👍🏻
ReplyDeleteSup daging korban ni campak² pun sedap, sbb daging segar kan...
Alhamdulillah... Semoga ibadah korbannya diterima Allah...
ReplyDeleteKalau rumah MIL, semua buat di tempat penyembelihan..
Kalau di kampung linda pula, buat disurau @ masjid je
Alhamdulillah allah permudahkan semuanya..seronok tengok..doakan akak murah rezeki boleh join korban akan datang...sedap plak tengok sup tu
ReplyDeleteselamat hari raya aidiladha dan selamat berkorban buat kak mim sekeluarga.
ReplyDeleteLama jugak tu sampai ke asar membawa ke malam. Nasib baik kita belajar dari pengalaman, ambil giliran raya kedua. Alhamdulillah, Allah permudah segalanya. Semoga ibadah korban Awan dan Amirul diterima dan diberkati Allah SWT. Menikmati betul mereka mencendol. Best panas-panas dapat makan cendol.
ReplyDeleteAlhamdulillah semua urusan dipermudahkan utk tahun ni ya kak mim
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Dipermudah smeua urusan korbannya..
ReplyDeleteAla.. typo pula.. #semua
DeleteAlhamdulillah, setel semuanya!
ReplyDeleteMudah juga ya hantar ke pusat sembelihan. Bawa balik untuk lapah, potong dan agih²kan. Banyak juga tu 66kg.
ReplyDeleteAlhamdulillah...semua urusan telah dipermudahkan...semoga amalan kita diterima Allah SWT
ReplyDeleteSyukurlah lancaaar ya kak. Tradisi di rumah saya pun bergantian yg kurban. Kalo THN ini kurban Kerbau atas nama saya, tahun kemarin Ats nama suami. Nanti tahun depan Ats nama anak sulung, lalu si bungsu. Berputar seperti itu tahun ke tahun.
ReplyDeleteCuma tuhlaah, saya nih tak suka masak memang, jadi kalau dpt daging kurban memang tak Reti cara masaknya. Terkadang saya KSH semua ke asisten saya 😅. Krn daging kurban selalunya dalam bentuk besar2 kan.