Salam Aidil Adha, selamat hari raya haji semua!!
Apa menu raya haji korang?
Saya kalau raya haji memang tak masak daging.
Sebab lepas korban nanti baru masak daging fresh.
So saya masak lontong kuah lodeh je untuk potluck tahlil.
Tahun ni tahun pertama beraya tanpa Nekwan & Nek Aki.
Lepas zohor kami baca tahlil untuk kedua-dua arwah.
Kami adik-beradik bawak potluck untuk makan ramai-ramai.
Semua berkumpul di rumah peninggalan Nek Aki.
Lama saya tak buat agar-agar.
Adik no 2 (mak Aydin) buat agar-agar santan.
Dapnyeee.. manis ngam-ngam.
Kalau over manis confirm saya tak repeat makan.
Menu lain tak dan nak ambik sebab fokus makan dulu.
Mana yang sempat je.
BFF Awan dan Iyul.
Sentiasa berdua, bersama.
Selepas asar pulak kami ke rumah sepupu.
Kampung lain pulak.
Tapi dalam 20 minit je dari kampung nenek.
Sepupu buat kenduri tahlil hari ke-100 arwah suaminya.
Sebelum maghrib kami dah tergesa-gesa balik.
Guruh dah sabung-menyabung dah di langit yang cerah tadinya,
Sekejap mata bertukar menjadi gelap.
Walaupun rushing nak balik sebelum hujan turun, sempat juga kami group photo bersama sepupu-sepupu dan anak-anak saudara. Mencipta kenangan berlatar-belakangkan rumah pusaka peninggalan arwah ngah (kakak kepada bapak) yang meninggal tahun lepas. Selepas ni mereka akan pindah meninggalkan semua kenangan dan memori rumah ni sebab tanah penduduk kampung ni semua telah digantirugi kerajaan untuk tujuan pembangunan. Sedih pulak sebab ini kali terakhir akan beraya di sini. Tapi, itulah sebuah pengorbanan demi secebis pembangunan.
Tags
Raya Haji
Salam Aidil Adha.
ReplyDeleteKekmarin saya pun berlontong kuah lodeh juga.
Salam aidil adha akak di LD sana... sama menu kita eh
DeleteSalam Idul Adha KM.
ReplyDeleteCantiknya agar² lapis tu.
Salam aidil adha kak... itu agar-agar santan kak, x dilapis pun
Deleteowh laaaa.. nampak berlapis².. elok kejadiannya.
DeleteSalam Aidil Adha
ReplyDeleteselamat hari raya aidiladha kak mim. tahun ni saya x raya, juadah raya pon takde...
ReplyDeleteSedapnya lontong kuah lodeh. Di kampung masak rendang daging, ayam masak merah, sambal kuah kacang dan nasi impit. Menu yang biasa-biasa je di hari raya. Sedihnya kena berpindah. Tak ada lagi kenangan di situ.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidiladha KakMim dan keluarga.
ReplyDeletesalam aidil adha...menu pg raya ada rendang daging, nasi impit, kuah kacang & mee goreng
ReplyDeletesalam aidiladha kakmim! allah sayunya rumah tu foto terakhir tahun ni ye :( moga kenaangannya sentiasa menjadi memori indah buat kak mim sekeluarga aminn
ReplyDeleteSalam AidilAdha kak mim dan keluarga..
ReplyDeleteBergambar kenangan sementara masih ada..
ReplyDeletesedapnya agar2 santan!
ReplyDeletesalam eidul adha utk mim sefamili
ReplyDelete