Apa Itu National Training Week?

Semalam saya bekerja sempena National Training Week (NTW) 2025. Kerja 9 jam maka layak untuk claim cuti gantian ye. Itulah motivasi kalau kerja hujung minggu, dapat cuti ganti untuk jimat cuti rehat. 

NTW ialah minggu latihan percuma untuk rakyat Malaysia akan berjalan serentak di seluruh negara bermula 14  hingga 21  Jun ini di bawah inisiatif Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) dan HRD Corp. Dalam tempoh 2 minggu ni semua pusat penyedia latihan akan menawarkan kursus percuma tak kira bersemuka atau atas talian.

Kami juga dapat surat arahan dari HQ untuk support NTW ni, siap ada KPI lagi untuk institusi. Kursus percuma tak ada masalah, confirm ramai je orang datang cuma space kami masih limited. Apapun KPI semalam lebih dari tercapai. Penat tapi puas hati. Alhamdulillah.


Kursus canva percuma NTW
Kursus ni full house! Penuh 1 makmal komputer.

Peserta di makmal komputer
Peserta ada belia, warga emas, budak sekolah. Ada cikgu, ada usahawan, ada mak-mak berniaga di rumah. Macam-macam layar belakang.

Poster dari canva
Happy tengok hasil peserta.

Refleksi guna mentimeter
Refleksi selepas selesai kursus.

Kalau tak, saya selalu yang kontrak ajar kursus Canva ni, tapi dapat mengelak sebab jadi penyelaras dan cikgu sekolah Alan dapat peluang berkongsi ilmu dan kemahiran bersama komuniti. Feedback cikgu pun best, selalu mengajar budak dan cikgu, cabaran mengajar komuniti pelbagai peringkat umur lain rasanya, kata beliau.

Semalam kami berjaya melaksanakan 4 kursus percuma untuk pelbagai peringkat umur komuniti. Bila kursus percuma tak perlu promote di medsos, cukup promote di group Whatsapp dan Telegram kolej pun dah capai sasaran.













6 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Berbaloi la kerja hujung minggu dapat cuti gantian.

    ReplyDelete
  2. Seronok juga tu dapat cuti ganti. Macam-macam kursus ada ye untuk pelbagai lapisan peringkat umur. Bagusnya.

    ReplyDelete
  3. prog yg bagus..
    tempat keja Ian pun mcm tu, x de OT tapi boleh claim cuti or balik awal..ok la kan

    ReplyDelete
  4. seronoknya tengok ramai participants.....dan paling best dapat extra cuti ganti

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form