Pernah Tak Korang?

Kisah hari Ahad minggu lepas. Adik bongsu saya, Ikah nak pinjam printer, nak print resume, saya no problem, nak pakai pegi sini je lah, terus dia cakap kami makan kat sanalah (rumah saya). Saya ok je, the more the merrier. Memang saya plan nak masak daging korban malam tu. Boleh la makan ramai-ramai.

Bila mak sampai terus la ke dapur, sembang-sembang tengok saya memasak. 

"Mak sik masak tadik. Makan ala kadar jak. Bapak ko sikmok makan ayam, nya madah nak makan dagin. Dagin gik bekuk dalam petais, ne nak masak dah pukul 12," kata mak memulakan perbualan.

Kebetulan sungguh, bapak cakap nak makan daging, anaknya pun plan masak daging.

Memang selalu macam tu, kalau saya ada craving sesuatu, pergi umah mak, mak dah masak apa yang kita craving tu.

Kadang-kadang, baru je plan nak masak sekian sekian ni, pastu pergi rumah mak, bapak cakap dia ada beli sekian sekian, nanti tolong masakkan.

Pernah tak korang macam tu?

Lepas tu bapak cakap, biasalah anak-beranak mesti ada instinct macam tu. Macam ada telepati pulak dah.

Dah setel masak, bapak dulu ke meja makan. 

Ala kadar, seronok bila tengok orang tua kita berselera makan. Bapak siap tambah seround lagi dan cedokkan mak jugak nasik tambah. 

Semoga mak dan bapak sihat-sihat selalu supaya saya dapat masak lagi untuk mereka dan makan bersama mereka semeja.

 

11 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Alhamdulillah berselera mak dan bapak makan masakan KM. Siap bertambah. Senyum je si tukang masak😁

    ReplyDelete
  2. Dulu² ada la...sekarang kita dah yatim piatu 😌
    Enjoy your moments w your parents Kakmim 🫰🏻

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah
    Nampak berselera bapak makan

    ReplyDelete
  4. Betul tu. Semestinya pernah! Kalau tak dapat kat rumah mak, kat rumah kakak ke kan. Seronok tengok mak ayah dan keluarga kita selera makan. Hilang terus penat masak tu kan. Alhamdulillah dapat menjamu mereka dengan makanan yang sedap². Yang teringin pulak tu.

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah.. Seronok kalau tengok mak bapak kita makan masakan kita, seadanya lah...
    Sebab tu, linda suka masak2 bila mak bapak atau adik beradik datang rumah.. Walaupun kita nie tak reti masak sangat pun..

    ReplyDelete
  6. Pernah mcm tu dgn arwah mama. Dalam otak dah fikir balik nak gi pasar beli sekian2 minta mama masakkan. Tp bila balik tu mama ckp esok mama nak masak sekian2… and i was like “maaa, did i call u and say what inwant to eat?” Mcm mimpi rasanya

    ReplyDelete
  7. Pernah, instinct mak dgn anakkan? hiii...
    Kita payah nak masak kat rmh mama, dia sejenis konker dapur kecuali dia dah tak larat sangat.
    Dia tak caya anak dia ni masak tah kenapa. Jika dia singgah rumah kita pun, kita dah masak nanti dia bawa juga masakan dia dari rumah. Dia makan je yg kita masak.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah, tumpang seronok tengok.

    ReplyDelete
  9. Dulu masa mak akak ada,masa akak duk KL menyewa, bila akak call cakap x sihat..balik rumah je confirm dah terhidang sup ketam...seronok tengok family Mim...akak tumpang happy ye...

    ReplyDelete
  10. Saya agak jarang merasakan begini Krn sejak high school dah jauh dari rumah, hingga sekarang. Ketemu 2 tahun sekali atau setahun sekali. Jadi mungkin Krn itu perasaan macam telepati atau sama seperti yg dipikirkan masing2, macam jarang lah😅😅.

    Tapi selalunya tiap saya nak ke Medan, dah pasti mama akan prepare kuliner2 favorit saya selama di sana

    ReplyDelete
  11. betul mgkin sbb kita keluarga hehehe

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form