Rahsia Ayam Goreng Garing di Luar Empuk di Dalam

Since kakak Iman kelas tambahan setiap hari, setiap hari jugaklah ibu kena prepare bekal untuk lunch. Hari Jumaat je tak perlu bekal untuk lunch, tapau je then masa ambik Abang pass tapau untuk dia lunch. Fuhh.. macam exam class pulak dah, kelas tambahan setiap hari padahal baru je form 4.

Hari ni bekal untuk lunch saya buat ayam goreng homemade. Hari ni tak ada kelas tambahan tapi ada ko kurikulum. So hari ni ada 2 set bekal untuk stayback, kakak dan abang. Awan Alan pulak selalunya tak bekal dari rumah sebab Ayah akan beli tapau dan hantar ke sekolah.

Rahsia ayam goreng garing sampai petang
Encik Suami & #theIMANs paling suka ayam goreng kunyit macam ni. Tak prefer sangat yang crispy salut-salut tepung macam kedai. Kadang-kadang Encik Suami sendiri request ayam goreng garing di luar tapi lembut di dalam. Ok nak tau rahsia saya? Tepung beras je. Hihi.

Selalunya saya akan buat perapan macam ni:
Halia & serai dikisar
Serbuk kunyit
Tepung  Bestari 
Tepung beras
Tumix
Ajishio

Kalau nak kulit tebal, banyakkan tepungnya. Minyak kena panas tapi tak terlalu kuat, tak terlalu slow. Pagi ni tadi 4 setengah pagi baru nak potong chicken wing, buat perapan dan goreng. Tak sempat nak tunggu lama terus je goreng.


Idea untuk bekal makan tengah hari
Done bekal lunch abang dan kakak. Ada sambal tumis dan seaweed jugak.

Menu bekal anak sekolah
Bekal untuk rehat sebelah pagi. Roti canai frozen cicah susu pekat manis. Kurang 1 bekal hari ni sebab Awan demam, tak sekolah. Lepas ni nak pergi klinik. Ibu pun cuti rehat dengan alasan jaga anak kurang sihat. Hihihi.

Doakan semoga Imran Mudzaffar cepat sihat dan dapat ke sekolah esok ya.

 

10 Comments

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!

  1. Sedap nya ayam goreng, thanks kongsi resepi perapan nya.

    ReplyDelete
  2. Buat persiapan awal untuk SPM tu okaylah Kak Mim. Sedapnya ayam goreng versi Kak Mim bolehlah cuba nanti. Terima kasih share resipinya. Suka jenis salut tepung nipis² je. Bestnya bekal anak² Kak Mim. Semoga Imran Mudzaffar cepat sembuh. Aamiin...
    Ibu pun jaga diri.

    ReplyDelete
  3. Sedapnya...ok boleh cuba nanti..thanks share ye

    ReplyDelete
  4. menarik.leh cuba nanti.. tq share resepinya

    ReplyDelete
  5. dah petang2 ni sedapnya tengok ayam goreng tu...Kakmim masih lagi setia prep bekal..saya dah pencen lepas anak masuk asrama,untuk umi waled siap2 makan kat rumah je sebelum keluar kerja dah tak ada bekal

    ReplyDelete
  6. Rajinnya! Siap bekal rehat & lunch
    Get well soon Imran 💪🏻

    ReplyDelete
  7. Rajin ibunya. At least anak boleh terus makan kan tak payah beli dah.

    ReplyDelete
  8. waahh sdap ayam goreng camni! TQ kak mim share resepi rahsiaaa hehehe

    ReplyDelete
  9. thank you sharing the recipies. love sgt ayam gorengs.
    comellah buat bekal, daktiga ni minta fulus ja. dorang lebih suka vending machine. makan berat memang di rumah sahaja tak sempat nak makan di sekolah.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post

Contact Form