Akhirnya hari Jumaat menjelma, sekejap sangat minggu ni berlalu. Sebelum nak fokus online training selepas ni, baik update dulu bekalan #theIMANs last day sekolah minggu ni. Jarang jugak bekal sesimple ini, tapi dah penat nak prepare bekal, minggu ni memang agak penat sikit. Penat berfikir kot, efek ke fizikal jugak.
Seketul karipap dan biskut keju Nabati je. Hari ni batch sekolah rendah balik jam 11 pagi, yang menengah balik 11.30. Ok la tu kan, nanti balik terus lunch.
Stok karipap frozen terakhir. 1 pack 10 pieces. Goreng deep fry tak suka guna AF kalau goreng karipap. Tapi bekfesnya 3 beradik ada makan nasi putih + telur mata tuang kicap, tak adalah bekfes karipap semata-mata. Ada balance jugak karipap ni, yang balance masuk dalam bekal sesiapa yang nak lebih.
Selfie yours truly di hari Jumaat. Hari Jumaat kasual day, so pakai tshirt kolej je selalunya. Kalau nak pergi briskwalk terus petang nanti pun on.
So korang, apa plan hujung minggu ni? Besok kami ada buat tahlil arwah nenek, paginya pergi mesyuarat PIBG yang batch sekolah menengah. Ahad pulak ada Kumon Update. Nampak gaya busy la weekend ni.
Tags
Bekal Apa Hari Ini
sama Mim, kak ana pun tak suka sungguh goreng guna air fryer nih , lain sangat kan hehe :)
ReplyDeleteKan? Pernah try goreng ikan guna AF, x sedappp 😢
Deleterajinnya mim, nabati tu kalau akak pon dah ok sgt
ReplyDeleteBudak-budak ni kalau hari biasa kompom komplen ni, x ok sgt bg diorang, ni utk rehat kafa boleh la 😂
Deletekaripap pun sedappp
ReplyDeleteLupa nak rasa pagi td 😂😂😂 x ada komplen means sedap ler tu
DeleteNasib baik sekolah habis awal sikit harini, utk makanan tu kenyang je sementara nak tunggu balik rumah tu 😁
ReplyDeleteX ada komplen balik td, lagipun dh mkn nasik jugak bekfes, ok la tu kot 😅
DeleteMemang simple ni KakMim. Tapi takpe, janji ada bekalan untuk The Imans. Siapa yang dapat lebih tu mesti peminat karipap.
ReplyDeleteBagus jugakan pakai Tshirt, senang petang balik kerja boleh terus briskwalk. Tak ada alasan untuk mengelat. hihi...
Minggu ni tak ada perancangan lagi.
plan wiken, waiting my shuben coming back, muahahaaa...
ReplyDeletelepak geguling dlm rumah ja, capek nak keluar ke mana-mana.
jumaat kita suka pakai hijau, warna kesukaan Rasulullah!
kakMim always comey!
Jumaat akak MC dan lepak je kat rumah sampai Ahad...minggu ni je Sabtu balik JB jap...maybe balik hari kot
ReplyDeletebetul tu goreng guna air fryer tak sama mcm goreng guna minyak kat kuali hehe
ReplyDelete