Hello September
Masuk je bulan September, terasa angin pun lain macam. Lebih sejuk, lebih tenang. Ye ke? Kalau dulu dah nak masuk musim tengkujuh dah kan? Tapi sekarang, tak menentu dah musim monsoon kita dah.
9/12. Mungkin sebab dah masuk suku akhir tahun — masa pun bergerak laju, dan kita mula muhasabah apa yang dah dicapai sepanjang tahun ni.
September selalunya jadi turning point. Ada yang sibuk siapkan kerja sebelum hujung tahun, ada yang baru nak kejar azam yang tertangguh. Apa pun fasa kita, bulan baharu ni sentiasa beri ruang untuk kita ‘start fresh’. Tak kisah kecil atau besar, langkah baharu tu tetap berharga.
Dalam sibuk seharian, jangan lupa luangkan masa untuk diri kita sendiri. Healing sambil dengar lagu, belek² planner, susun semula prioriti. Kadang² benda simple pun dah buat kita rasa tenang.
Harapan September?
Semoga bulan ini membawa lebih ketenangan, lebih kekuatan dan lebih momen indah untuk dikenang. Kalau bulan-bulan lepas agak kelam, semoga September jadi sinar baru.
So… Hello September, let’s be kind. Let’s be meaningful. Let’s be memorable.

12 Comments
Semoga yang baik2 je bulan September. Kan ada lagu September rain tu yang mendung je masuk bulan Sept 😁
ReplyDeleteSemoga sentiasa sihat ya
ReplyDeletemeriah Public Holidays bulan September ni kan Mim :)
ReplyDeleteBulan September nih banyak yg berulang tahun di keluarga saya. Jadi bakal banyak makan2 lah 😄. Tapi sAya sendiri suka kalo dah mendekati akhir tahun, sebab makin dekat dengan jadwal traveling saya 😁. Terlalu lama di rumah dah nih.... Dah jenuh
ReplyDeleteterus teringat lagu Greenday.. "wake me up, when september end"
ReplyDeleteSini hujan mula turun, tukar monsun kot...
ReplyDeleteajoms kita, hari-hari fresh start. tak kiralah masuk bulan apapun. masa bergerak laju, kita just keep and calm ja. semoga semuanya baik-baik sahaja. rindu selfie kakMim.
ReplyDeleteKalau boleh masa nak dihentikan sampai September je sebab October ada deadline kerja huhu
ReplyDeleteSeptember bulan banyak keluar duit..birthday Khalaf si anak tiri dan birthday Dania..pas tu kereta buat hal lagi...
ReplyDeleteYa, cuaca tak menentu sekarang ni. Harapnya bulan September ni lebih banyak perkara yang baik-baik untuk kita. Betul tu KakMim, kadang perkara kecil-kecil begitu mampu memberikan kita rasa tenang.
ReplyDeletemoga yg baik2 ajer utk kita semua sepnjg september dan all remaining months thn ni
ReplyDeleteKejap jerr masuk september .rasa macam baru ja semalam masuk September, tup-tup dah nak hujung balik. Cepatnya masa jalan, tak sempat nak kejar 😌🍂.
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!