Akhirnya... hari yang dinanti-nantikan pun tiba. Lama dah usha almanac, nak cuti tak dapat, terpaksa tunggu cuti free macam ni je. Long weekend!!! Sabtu, Ahad, Isnin, yahooo!!!!
Long weekend bukan sekadar extra hari untuk tidur lebih, tapi peluang untuk recharge minda dan jiwa yang dah penat bekerja dah penat buat bekal dah penat on the road ulang-alik ke sekolah.
Ada orang dah siap-siap plan balik kampung, ada yang book staycation, dan ada juga yang pilih untuk lepak rumah sambil marathon k-drama atau kemas rumah yang dah lama diabaikan. Apa pun gaya dan plan cuti korang, yang penting... nikmatilah dengan cara tersendiri.
Kadang-kadang kita tak perlu aktiviti yang grand pun. Duduk tepi tingkap, minum kopi, baca buku... itu pun dah cukup bahagia. Yang penting, kita ambil peluang ni untuk slow down dan reconnect dengan diri sendiri atau orang tersayang. Nak masak sedap ke nak makan luar je cuti ni? Terpulang... janji bahagia.
Kami? Tak dapat nak bercuti ke mana-mana. Tusyen tetap on walaupun hari cuti. Iman tusyen Sabtu malam. Irfan Imran tusyen hari Ahad. Alan je off.
Merasmi baju Muafakat Run anjuran Pertubuhan Muafakat PolyCC.
Last but not least, apa plan long weekend kali ni ek?
"Jangan lupa, cuti panjang bukan alasan untuk lupa rehatkan minda. Enjoy, recharge, and stay grateful!"


9 Comments
happy long weekend mim! MZ pun tak de gi staycation mana2..cuma esok nak attend wedding, razeen pun ada tusyen jugak esok pagi
ReplyDeleteYabedabedooo...Syoknya long weekend. Selamat enjoy long weekend KakMim. Marilah kita nikmatinya. Ada jemputan kahwin this weekend, makan nasi minyaklah nampaknya.
ReplyDeleteWalaupun long weekend kena juga turun ladang. Ada program kem madani uhuhuuu.
ReplyDeleteHappy long weekend & happy holiday. Cie pun dapat cuti memang waktu nak berehat dari urusan kerja yang takkan pernah habis.
ReplyDeleteKitorang duduk rumah je Kakmim... Selagi Abg tak habis SPM, semua kena grounded 😁
ReplyDeleteSaya pun kalo cuti yg hanya long weekend atau kurang dari 5 hari, lebih suka di rumah saja. Istirahat, atau kalopun nak kluar, paling cari kopi atau kuliner yg masih kawasan Jakarta. Waktu nya recharge dan me time sejenak 😄. Soalnya nak pergi jauh tak best kalo long weekend. Crowded di mana2 trutama tempat wisata 😅
ReplyDeleteLong weekend tapi aktivitinya boleh tahan full. Balik rumah pakmentua, sama je la kekdahnya melepak cuti kat rumah. Sampai dah 4 September pun masih beraktiviti lagi, hiii... (lupa, kita stayhome mom, adeih!~)
ReplyDeleteIsnin je betul-betul lepak kat rumah sampai tak tau nak buat apa hehe
ReplyDeleteFuhh memang syok laa dapat long weekend 😍. Boleh rehat panjang sikit, recharge tenaga… ada yang plan jalan-jalan, ada yang pilih lepak rumah goyang kaki pun dah cukup best ✨.
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!