Apa itu Program Kumon? Apakah ASHR? Apakah KIS?

apakah ASHR kumon

Apa itu Program Kumon?

Kumon ialah kaedah pembelajaran global yang diasaskan oleh Toru Kumon di Jepun sejak tahun 1958. Program ini memberi tumpuan kepada Matematik dan Bahasa dengan pendekatan pembelajaran kendiri (self-learning method). Melalui kaedah ini, pelajar belajar mengikut kadar kemampuan masing-masing dengan bimbingan tenaga pengajar yang terlatih.

Di Malaysia, Kumon Program semakin mendapat tempat dalam kalangan ibu bapa kerana terbukti membantu kanak-kanak:

  • Meningkatkan keyakinan diri.
  • Menguasai asas Matematik dan Bahasa lebih kukuh.
  • Belajar secara konsisten dan berdikari.
  • Mengembangkan disiplin dan sikap bertanggungjawab.


Info Lanjut Tentang Kumon: https://kumonmalaysia.com/why-kumon


Kelebihan Kaedah Pembelajaran Kumon

Berbanding kelas tuisyen biasa, kaedah Kumon menekankan:

  1. Pembelajaran bertahap – pelajar bermula dari aras asas dan berkembang ke tahap lebih tinggi.
  2. Disiplin kendiri – pelajar belajar untuk fokus dan menyelesaikan tugasan secara berdikari.
  3. Kemajuan mengikut potensi – bukan sekadar ikut umur, tetapi berdasarkan tahap pencapaian individu.


Anugerah Pelajar Kumon (Kumon Award)

Bagi menghargai usaha dan pencapaian pelajar, Kumon menganjurkan Anugerah Pelajar Kumon setiap tahun. Anugerah ini diberikan kepada pelajar yang menunjukkan prestasi luar biasa dalam pembelajaran, termasuk:

  • Anugerah Pencapaian Cemerlang – untuk pelajar yang mendahului tahap pembelajaran berbanding usia sebenar.
  • Anugerah Konsistensi – untuk pelajar yang konsisten dalam menyelesaikan tugasan Kumon tanpa gagal.
  • Anugerah Khas Kumon – untuk pelajar yang menunjukkan sikap positif, motivasi tinggi dan daya ketekunan luar biasa.

Melalui penganugerahan ini, Kumon bukan sahaja meraikan kejayaan pelajar, tetapi juga memberi inspirasi kepada kanak-kanak lain untuk berusaha mencapai potensi terbaik mereka.


Mengapa Kumon Jadi Pilihan Ibu Bapa di Malaysia?

  • Kaedah terbukti berkesan sejak lebih 60 tahun.
  • Jaringan pusat Kumon yang luas di seluruh Malaysia.
  • Modul pembelajaran disusun rapi dan sistematik.
  • Kejayaan ramai alumni Kumon yang kini menjadi pelajar cemerlang di sekolah dan universiti.


Kesimpulan

Program Kumon Malaysia bukan sekadar kelas tambahan Matematik dan Bahasa, tetapi satu sistem pendidikan alternatif yang membentuk sahsiah, disiplin dan motivasi anak-anak. Dengan adanya Kumon Award, kejayaan pelajar diraikan agar lebih ramai kanak-kanak termotivasi untuk terus belajar tanpa mengenal putus asa.

Jika anda mencari program pembelajaran yang mampu membantu anak anda berdikari, konsisten dan mencapai kecemerlangan akademik, Kumon adalah pilihan terbaik!

Ehem.. ehem..

Now nak cerita yang manis-manis untuk bulan 9 2025.  Kita simpan di blog untuk tahun kedua. Alhamdulillah untuk progress Irfan, Imran dan Idlan di Kumon. Alhamdulillah, syukur. Tema untuk tahun ni "Outer Space". Sajalah belikan baju angkasawan tapi tak cukup equipment. Tak ikut tema, janggal je rasanya, macam tahun lepas.



Ini cerita 28 September 2025 yang lalu.

Instructor Kumon Jalan Matang memberikan ucaptama, mengalu-alukan kehadiran pelajar dan parents


apakah level dalam kumon?
Level di Kumon


Alhamdulillah, Awan dan Alan sekali lagi dapat medal ASHR untuk tahun 2024. 


apakah ASHR kumon?


Awan ASHR, Alan pulak silver medal (2 years ahead)


Bergambar dari jauh saja, ramai yang queue nak bergambar di stage.


Penerima silver medal. Alhamdulillah, tahniah Alan.


Penerima ASHR medal, tahniah Awan!


Dan Abang pula penerima sijil KIS untuk tahun 2024. Alhamdulillah Abang.

apakah kumon KIS level?

Jauh lagi nak jadi 'completer' ni. Makan tahun jugak nak completekan semua level. Laluan penuh liku itu pasti, menangis sambil siapkan worksheet pun pasti. Tapi usaha kan tangga kejayaan. Bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian. 


kumon completer

 Last but not least,

Insya Allah, kita doa yang baik-baik untuk anak-anak kita.

Saya perasan ada segelintir golongan cikgu tak suka program Kumon ni, tapi at least dengan hadir di Kumon centre anak-anak ada worksheet yang perlu disiapkan setiap hari. Sebab saya perasan anak-anak sekarang jarang sangat ada kerja rumahnya. Mungkin polisi KPM sekarang taknak membebankan murid kot. Risau pulak kita ni haaa. Hehehe. Sebab itulah saya hantar anak ke Kumon, untuk praktis dan praktis Maths setiap hari. Macam mengaji quran pun sama, kena baca hari-hari supaya lancar kan? Begitulah kita menimba ilmu-ilmu yang lain. Even buat kek pun begitu, kena buat selalu baru hasilnya amazing. Practise makes perfect. Setuju tak? 




Post a Comment

10 Comments

  1. dari zaman anak-anak kak ana bersekolah dahulu dah pernah dengar pasal Kumon ni tapi mereka tak terlibat Mim.. semoga dipermudahkanNya urusan pembelajaran anak-anak semua, aamiin

    ReplyDelete
  2. Tahniah buat anak2 kitak Kakmim!

    ReplyDelete
  3. waaahhh congrats to ur boys! my razeen baru few months jer join KUMON ni, masih struggle tu hehehhe

    ReplyDelete
  4. tahniah Awan, tahniah Alan, tahniah abang dan tahniah tuk kakMim juga. parent hebat, anak-anak hebat.
    rindu kakMim~

    ReplyDelete
  5. Congrats untuk awan dan alam. Kumon juga terkenal sangat di sini. Deket rumah saya ada. Tp anak2 blm mau ikut les nya. Sebab hari2 pun mereka dah ada les lain. Nak paksakan kuatir juga tak cukup istirahat. Agaknya memang hrs saya stop les yg tidak terlalu penting

    ReplyDelete
  6. Tahniah Alan & Awan.. juga KM dan husband.

    ReplyDelete
  7. Tahniah Alan dan Awan.. Tahniah juga buat kak mim dan suami..
    Semoga Alan dan Awan terus cemerlang..

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!