Hari terakhir sekolah pun masih dapat hadiah lagi. Murah rezeki si bongsu tahun ni. Tadi tengah fokus buat kerja tapi terbukak whatsapp, eh nampak gambar Alan di whatsapp grup kelas. Rupanya..
Dapat hadiah dari cikgu PSV
Siap ada kata ucapan lagi dari cikgunya. Terima kasih cikgu.
Macam biasa hari Jumaat semua kelas keluar serentak, Jumaat hari jem di sekolah Abang Kakak. Selalunya Ibu memang akan keluar awal untuk cop parking menunggu. Kalau lambat port menunggu confirm akan diambil orang. Masa menunggu Abang Kakak tu la, Ibu tengok ada update di whatsapp grup famili. Ayah ada up gambar Alan.
Eh, apalah pulak budak ni bawak balik. Rupanya...
Dapat 3 chocolate bouquet.
Bouquet ni dari guru kelasnya yang juga ustazah yang mengajar Alan subjek Pendidikan Islam. Bouquet tu untuk ikon kelas (tempat pertama), kehadiran cemerlang dan tertinggi subjek Pendidikan Islam. Sebab tu ada 3. Alan cakap ada coklat-coklat dia dah bagi kawan-kawan jugak. Alhamdulillah, dia pulak berkongsi rezeki dengan kawan-kawan. Terima kasih ya ustazah. Semoga Allah balas jasa-jasa semua guru yang mengajar Awan dan Alan. Semuanya pemurah, tak putus-putus hadiah untuk mereka, Awan pun dapat RM2 hari ni. Menang main game dalam kelas katanya.
Terima kasih Allah untuk tahun 2025. Tahun 2026 kita fighting lagi ye Alan Awan. Giliran Alan pulak UPKK tahun depan, Awan UPDLP dan kakak SPM. Chaiyokk chaiyokk anak-anak Ibu.





0 Comments
Penafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!