2 hari ni on the road je. Bermulalah rutin hujung minggu yang dipenuhi dengan kelas tusyen. Kumon dah stop so malam dah free, dah boleh fokus kerja rumah sekolah dan berehat. Cuma hujung minggu pulak dah jadi busy.
Tusyen hari Sabtu berakhir pukul 2.30 petang, tusyen hari Ahad pulak berakhir 10 pagi. Balik dari tusyen top up barang dapur sikit. So sampai rumah agak lewat. Lewat tak lewat masak kena masak jugak.
So menu di hujung minggu ni kari ikan dan sayur taugeh campur tauhu je. Masak dah lewat, lunch pun lewat jugak la. Nasib baik lah sarapan pagi semuanya dah heavy breakfast.
Kari ikan pelayak & sayur tauge.
Makan panas-panas ni memang aumm. Favourite ðŸ¤
Korang weekend ni makan luar ke masak?


10 Comments
weekend semlm, pg ajer saya masak nasi lemak, tghari mkn kat cafe uia, ptg/dinner plak mr hubby tapau dari kedai mamak ajer (mkn roti nan cheese dan tandori)
ReplyDeleteEh, sama la PH masak kari ikan juga.
ReplyDeleteRutin hujung minggu kami ie melawat anak di asrama pun kembali juga bila sekolah dah buka ni
Selalu macam tu la kan, kalau pagi dah heavy breakfast, masak tengahari pun lewat, makan pun lewat. Penat tu anak2 byk tuisyen, semoga Mim sihat2 jer uruskan anak².
ReplyDeletePukul 10 pergi market dan terus masak. Buat laksa kelmarin.
ReplyDeleteMenu simple tapi mengenyangkan...=D
ReplyDeleteDana pun suka masak toge ngn tauhu gitu, ratah gitu je pun layan
ReplyDeleteWeekend ya tek kmk org makan di luar & order Grab jak. Biasa weekend mmg kmk gantung periuk sebab weekdays dah memasak hehe.
ReplyDeleteKalau tauge ni, masak cmni..memang layan la..dengan abang Mueez..meratah la kami dua orang
ReplyDeleteKAri ikan pelayak. Ikan apa ye tak pernah dengar.
ReplyDeletenyum nyum anak sha peminat kari, baru ja tadi masak kari ayam..tapi ikan pelayak tu sejenis ikan apa ya haha..barusan sha dengar..
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!