Rutin Pagi Jumaat

Dulu masa sekolah rendah, si abang dan kakak sekolah agama. So memang setiap pagi ada bacaan Yassin sebelum kelas bermula. Perhimpunan hari Jumaat, lain pulak aktivitinya. Bila si Imran dan Idlan masuk sekolah rendah, rupanya di SK pun sama je amalannya. Hari Jumaat memang ada bacaan Yassin. Rupanya, sekarang ni semua SK macam tu lah kot. 

Bila kakak dan abang masuk sekolah menengah, rupanya amalan bacaan Yassin pun masih ada setiap hari Jumaat. Ke semua sekolah di bawah KPM memang kena buat bacaan Yassin ke setiap hari Jumaat ek? Tapi baguslah macam tu demi kebaikan anak-anak GenZ, Gen Alpha kita ni.

Yang bagusnya semuanya ada dikongsi di laman rasmi media sosial sekolah anak-anak. Kalau sekolah Awan Alan, admin sekolah selalu share video bacaan Yassin anak-anak di hari Jumaat.

Gambar dishare oleh guru kelas Iman dan juga FB sekolah. Gambar yang sama je. Jangan lupa ye setiap anak-anak yang bersekolah under KPM ada diberi surat kebenaran (consent letter) untuk sekolah mengambil gambar dan dimuatnaik di media sosial rasmi sekolah. Bak kata Alan masa dia suruh kita sign surat tu hari tu, "mun ibu sik setuju kelak gambar kamek sikda di FB sekolah." Ya begitulah, cikgu cakap macam tu, macam tu jugaklah dia akan bagitau kita.



 

Post a Comment

1 Comments

  1. Kat KKM setiap jumaat ada bacaan yasin online. Kat HPJ ni setiap hari sebelum bekerja ada baca doa. Alhamdulilah

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!