Driver kolej Encik Lokman baik sangat, dia layan je kami nak makan durian, kami nak pusing-pusing bandar Temerloh. Akhirnya dapat jugak merasa vibe di tepi Sungai Pahang. Meriah jugak petang-petang di Esplanade Temerloh ni ye.
Selalu tengok dari dalam tv je wording 3D Temerloh ni. Akhirnya sampai jugak di sini. Encik Lokman tanpa disuruh dia sendiri offer nak ambikkan gambar kami. Layan je. Nasib la kau dik, dapat kenal akak-akak yang kaki jalan dan kaki makan ni. Hehehehe.
Orang kata Pekan Sehari Temerloh pun best jugak, tapi kami balik dah. Tak merasa pulak jalan-jalan cari makan di Pekan Sehari yang panjang tu katanya. Insya Allah ada rezeki nanti repeat lagi la ke Temerloh.


12 Comments
Kalau sedang traveling nih kan, memang nak dicoba dan dilihat sebanyak mungkin 😄. Kapan lagi kaaan. Jauh pula. Tapi kalau dah pulang, sampai rumah tuh malaaas nak Kemana2 🤣
ReplyDeleteItulah fanny, time kerja mcm ni je lah enjoy & healing.. kalau dgn famili enjoynya lain ðŸ¤
Deletepekan sari tu hari Ahad. memang penat la berjalan punya la panjang tapi puas hati macam2 ada jual. nanti datang lagi jalan2 temerloh. mesti driver tu cakap slang temerloh kalau dia orang situ. koi = saya, aokme = awak. hihih
ReplyDeleteYaaa betul sgt tu cie.. dia ajar koi tu aku/saya, kalau jerantut, kas... koi anak pahang 😂😂
DeletePekan sehari tu best kakmim, PH pergi temerloh semata² nak ke pekan sehari hehe ... Anyway, nanti boleh datang lagi dgn the imans :)
ReplyDeleteYa. Pekan Sehari Temerloh pada setaip hari Ahad memang sangat meriah.
ReplyDeleteSeronoknya tengok titi gantung tu
ReplyDeleteSeronok tengok..meniti Jambatan ni .aduhai happy rasanya..ni semua kebahagiaan dalam hidup..pasti berfsyukur..
ReplyDeleteDulu masa kat ibu pejabat bila buat lawatan ke negeri dapat driver yang kaki melayan memang syiok le ajak ke sana ke sini. Dah puas berjalan nanti belanja le dia makan. Susah tau dapat driver yang sporting.
ReplyDeleteKalau travel bab makan dan bergambar memang the best kan...akak dh pergi pekan sehari...tp rasa nak pergi lagi nanti. M
ReplyDeleteAdik driver tu pun tau ya kakak² ni suka bergambar.
ReplyDeleteMZ selalu lalu negeri pahang ni bila drive nak balik kg (kelantan)..tp mcm jrg singgah temerloh
ReplyDeletePenafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!