Pagi tadi seawal 8 pagi dah start masak, bukan masak breakfasst tapi masak untuk brunch. Hari Ahad Awan dan kakaknya tusyen. Kelas kakak bermula seawal 8 pagi so 7.30 pagi dah kena gerak dari rumah.
Bila dah setel yang kena pergi tusyen ni, kita setelkan pulak urusan dapur. Plannya lepas balik tusyen nanti boleh lah terus brunch. Alhamdulillah, on time semua.
Jam 11 pagi kami dah brunch. Plan nak keluar beli barang basah tak jadi. Seronok membasuh baju, bila cuaca pagi-pagi dah panas. Selalunya hari Ahad mesti hujan sebab hari Sabtunya tak pernah tak panas. Dari pagi sampai ke malam cuaca baik sampai ke malam.
Petangnya plan nak keluar tup tup hujan pun turun. Layan k-drama 2 episod. Kain-kain seminggu pun setel semua dah lipat. Cumanya perut pulak lapar. Baiklah update blog sebab malasnya nak masak. Hihihi. Nak mengemas-ngemas baju-baju ni takde mood lagi. Aduyai.
Begitulah ceritanya di siang minggu. Banyak sangat free time ni. Hehehe.

0 Comments
Penafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!