Kenduri Kahwin 14/02/2026

Semalam kami ke kenduri kahwin kepada adik kepada adik ipar kami. Majlisnya memang telah diramcang sari tahun lepas lagi. Si kakak (adik ipar saya) cop tarikh 25/05/25 manakalan si adiknya cop tarikh 14/02/26. Lokasi di tempat yang sama dengan si kakaknya dulu, tapi sekarang dapat la kami pula yang merasa jadi tetamu dan duduk di meja sambil menyaksikan majlis persandingan pengantin.

Alhamdulillah, mabruk Diana & EE. 

Kami semalam yang hadir sebagai tetamu, Encik Suami tak ikut kenduri sebab perlu menguruskan #theIMANs tusyen. Semuanya lain-lain slot dan masa sebab tu susah nak atur masa kalau pergi kenduri jugak. So dia lah terpaksa berkorban. Yang takde dalam gambar, Encik Suami dan adik ipar, Farah. Orang kuat tengah busy.

Lauk kenduri semalam, bulan 10 tahun lepas takde chance nak merasa duduk dan makan berhidang macam ni. Tetamu balik, kami pun berkemas balik. Lauk-pauk semua tapau makan di rumah. AJK tertinggi begitulah. Masa sewa dewan pun sampai jam 2 sahaja. Semua kena cepat.

Doorgift semalam, shopping bag. Senang masuk dalam handbag, best. Saiznya pun tak besar tak kecil. Just nice.

Korang ke mana semalam?

 

Post a Comment

0 Comments