Sementara tunggu #theIMANs mengaji di masjid, saya baliklah rumah lama. Rumah lama walk distance je ke masjid, sebelum ni memang mereka jalan kaki je ke masjid. Kadang-kadang berlari-lari nangis kalau bergaduh. Haha. Tapi sekarang kena hantar ambik, nak naik basikal pun rasa macam jauh bagi budak.
Bila balik sini, sedih pulak. Banyak sentimental value di sini. Zaman anak-anak masih baby semuanya memori tersimpan di rumah ni. Di setiap sudut, setiap ruang, pasti ada momen-momen yang boleh diflashback. Di meja makan apatah lagi, tempat berkumpul makan sambil bercerita kisah-kisah mereka di sekolah. Hmm.. beratnya melepaskan walaupun belum lagi rasa nak melepaskan.

0 Comments
Penafian:
Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥
Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.
Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.
Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!