Buat Mykad di UTC

Pengalaman Buat Mykad Anak Kali Ketiga

Alah bisa, tegal biasa. Kali ketiga dah buat mykad untuk anak so dah tau dah prosedurnya. Cuma perlu bawa sijil lahir yang original je. Tak perlu pun isi borang-borang bagai, nanti alamat di mykad anak akan ikut alamat ibu atau bapa. Senang kan? Kalau masih dalam bulan birthday, tak ada bayaran dikenakan. Kalau lambat, caj RM10 akan dikenakan.

Nasib Ada UTC

Nasib baiklah zaman pemerintahan DS Najib dulu beliau buat UTC. Memang function habislah UTC ni. Bagi orang yang bekerja memang sangat perlukan servis di UTC. Contohnya kami hari tu, memang kena cari masa nak buat mykad Awan. Birthday Awan jatuh pada hari Khamis, weekend selepas tu dia ada bengkel penulisan di Pustaka sampai jam 5. Memang tak dapat lah nak pergi buat mykad. Nak pergi hari bekerja, ibu ayah terpaksa ambik cuti. Tapi walau cuti sekalipun Awan ada kelas tambahan di sekolah, pun tak dapat nak menyelit nak pergi buat mykad. Hari Sabtu pulak ibu kerja, diorang semua tusyen, pun pack sangat masa nak buat mykad. So hari Ahad lepas habis tusyen, kami ke UTC untuk buat mykad. Ada jugak masa akhirnya dan nasiblah ada UTC yang beroperasi pada hujung minggu.

Kami ke UTC dalam 2.30 petang macam tu. Sampai je terus dapat nombor giliran dan terus kena panggil. Tak sempat nak ambik gambar untuk buat content. 

Selfie dulu sebab Awan hensem pakai tshirt kolar hitam.

Dah ready nak bergambar untuk mykad. Geng sebelah pun sama je dress up, baju tshirt kolar hitam.  Sekali pose je dah ok, puas hati. Lepas ambik cap ibu jari kiri dan kanan, then selesai.


Tunggu Mykad Siap

Lepas selesai di kaunter ambik gambar, next kena bawa resit mykad tu ke kaunter serahan mykad. Tinggal je dalam bakul kat situ, nombor giliran kita pegang sendiri. 

Masa menunggu di sini je lah sempat curi-curi ambik gambar sebab kena tunggu beberapa orang sebelum Awan. Tapi tak lama pun. Dalam 10 minit macam tu nombor giliran Awan pun dipanggil.

Tadaaa.. Awan dah ada mykad!! So tinggal sorang je lagi di rumah kami yang guna mykid. Takpe, tahun depan giliran Alan pulak. Tahniah anak ibu, Imran Mudzaffar!

 

Post a Comment

0 Comments