1 Mei Selamat Hari Pekerja

Sharp kan poster dari Chatgpt ni? Memang wajib la say good bye to Canva. Jika sebelum ada Canva memang take time juga nak edit poster guna Adobe Illustrator tapi bila dah ada Canva dapat la cut masa sikit. Tapi sekarang ada Chatgpt makin la shortcut. Jimat masa sungguh dah.


Hujung minggu yang panjang ye, tapi body clock memang terbiasa bangun awal cuma hari ni boleh pulak terbangun jam 5. Selalunya jam 4 dah terjaga.

Kisah hari pekerja, sembang-sembang kami anak-beranak di meja makan hari tu. Alan dan Awan excited bagitau hari Jumaat cuti umum, tak sekolah sebab Labour Day. Abang pulak mencelah, "labour day hari pekerja kan? Apa kaitan dengan kita? Kita kan budak sekolah," kata si abang.

Awan si penulis cerpen ni jawablah, "abang ni, mestilah ada kaitan, cikgu tu kan pekerja, mestilah cikgu sambut hari pekerja,"

Ibu Ayah tergelak je. Betul jugak kata Awan. Bernas jawapannya. Si abang ni pun satu, memang tipikal lelaki, selalu fikir pendek je. Eh? Apa kaitan pulak ni. Hahaha.



 

Post a Comment

7 Comments

  1. Bijak Awan... Cikgu bagi A+!
    Hehe

    Selamat hari pekerja kak. Dan selamat bercuti! Moga dapat manfaatkan cuti yang ada bersama keluarga tercinta.

    ReplyDelete
  2. Lebih kurang poster Cie jugak chatgpt ni create. Cie lupa pulak nak letak details blog. Adehhh. Btw selamat hari pekerja.

    ReplyDelete
  3. Senyum sendiri saya baca perbincangan di meja makan.. Ibu ayah hanya tersenyum tak perlu explain sebab anak dah pandai jawab dengan bijak.. Itulah gelagat anak-anak kann KakMim.

    ReplyDelete
  4. Masa akak sekolah rendah dipanggil Hari Buruh jadi tanggapan akak yang bekerja sebagai buruh je cuti... dulu buruh merujuk kepada pekerja binaan🤭

    ReplyDelete
  5. Betuuuul kak. Saya pun dah tak pakai Canva. Dengan pakai gpt, jadi jauh LBH mudah nak buat poster atau apapun. Lebih worth it bayar yg premium utk got drpd canva.

    Pandai awan 👍. Di sinipun hari buruh libur juga. Itulah yg saya ke bandung akhirnya. Nanti 1 june pun libur umum di Indonesia. Nak ke bandung lagi 😄

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!