Reunion Raya

Last minute confirm jadi. Sebelum ni ada je halangan nak beraya, bila call nak beraya, asyik tak ada kat rumah je. Ada yang balik kampung memang tak dapat la nak beraya awal. So kena buat plan reunion raya, baru semua dapat beraya. Itu pun kena buat malam yang besoknya kerja. Takpe janji dapat jumpa.

Actually kami 1 geng dulu di bawah 1 institusi, tapi sekarang semua dah bawa haluan masing-masing. Ada yang masih di kolej komuniti, ada juga yang dah ke politeknik. So bila sekali-sekala berjumpa tak tau nak dengar cerita siapa dulu. Cerita pun pusing-pusing orang yang kita kenal jugak lah.

Awal member pesan, jangan asyik bersembang je nanti lupa nak bergambar. Ni pun tak sempat nak ambik gambar potluck masing-masing. Saya pun balik keja semalam, baru nak keluarkan kek lapis, top up biskut, tapi bagi arahan je lah. Tiap-tiap tahun diorang ni kalau beraya mesti saya masak lontong, tapi tahun ni tak sempat nak masak sebab hujung minggu kerja. Makan je lah apa yang ada, potluck pun banyak siap boleh tapau.


Mulanya dah salam-salam, peluk-peluk nak balik, lepas tu, eh selfie lagilah. Hahaha.

Sebelum balik, tak start kereta lagi boleh lagi sambung pulak di luar. Yang rumah jauh sikit gerak awal, yang stay 1 area masih lagi tak habis topik. Yang kaum suami dah meronda kawasan, anak-anak dalam kereta asyik sound, mak esok nak sekolah, nak balik. Ahaha. Biasalah kan, perempuan susah sikit nak jumpa sekejap. Adakah ada lagi beraya untuk menutup bulan Syawal minggu depan? Sempat lagi kan bak beraya hujung minggu ni.







 

Post a Comment

15 Comments

  1. Geng perempuan kalau berjumpa memang susah nak berpisah. Nak jumpa tu susah nak jadi tapi kalau dah berjumpa lupa la segalanya.

    ReplyDelete
  2. Anak2 la kadang spoil...bila dah rasa lama sikit, asyik tanya bila nak balik je... Halah2x.. mak ni jumpa kawan2 boleh kira pakai jari kot berapa kali.. hahaha

    ReplyDelete
  3. Bila jumpa-jumpa mesti foto-foto la lakn?

    ReplyDelete
  4. Bila jumpa geng yang sekepala, memang macam2 cerita keluar. Kalau saya pun macam ni jugak.. hahaha..

    ReplyDelete
  5. best dpt reunion sambil beraya jugak!

    ReplyDelete
  6. Seronok kan dapat reunion raya camni. Rasa macam sekejap je masa berlalu padahal macam-macam nak update citer.

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. Dapat juga berkumpul..

    ReplyDelete
  8. Hahahaha standard bila dh lepak jumpa² camtu konpom x pernah nya habis topik perbualan hahaha...

    ReplyDelete
  9. Bestnya reunion raya macam ni. Bila dah ramai² bersembang, memang kena ingatkan bergambar dulu.

    ReplyDelete
  10. orang pompuannnnn
    kalau bersembang mmg payah nak stop
    hahaha
    fahammmmm sesangatttt

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah, baru lepas reunion juga beberapa hari lepas. Tapi tak cukup ahli juga.

    ReplyDelete
  12. Bila dah lama x jumpa memang ebrborak aje la kan....sambil- sambil makan...so kena la amik gambar cepat2..at least ada gambar kenangan

    ReplyDelete
  13. Biasalah org perempuan, nak balik nak balik dari dalam rumah sampai kereta bergerak pun sempat la menyembang hihi ..
    Tapi best la dapat juga berjumpa, berkumpul raya sama²

    ReplyDelete
  14. Selagi kereta tak masuk jalan besar boleh lagi sembang 😁

    ReplyDelete
  15. Saya lebih banyak raya yg model begini, jumpa kawan 😄. Sekali jumpa memang lamaaa lah. Asik ngobrol kan. Tp kami lebih memilih jumpa di restoran, drpd rumah. Maklum, tak ada yg jago masak 🤣. Juga supaya tak mesti beres2 rumah 😄

    ReplyDelete

Penafian:

Setiap maklumat yang terkandung di dalam blog ini adalah pengalaman peribadi penulis ♥ KakmimDotCom ♥

Oleh itu, setiap komen yang tersiar di ♥ KakmimDotCom ♥ adalah tanggungjawab sepenuhnya penulis komen itu sendiri malah tidak mewakili pandangan penulis blog. Penulis blog tidak akan dipertanggungjawabkan andai berlakunya sebarang permasalahan yang timbul yang berkait dengan komen tersebut.

Penulis blog juga berhak memadam tanpa menerbitkan sebarang komen yang dianggap tidak menyenangkan.

Sekiranya ada persoalan dan masalah, bolehlah terus email di kakmimdotcom@gmail.com. Selamat membaca!