Minggu Transformasi Siswa

Marilah kita update kesibukan minggu lepas.

Tak perasan pulak lama rupanya tak update blog. Sekarang ni semester baharu pun dah mula sebab tu jugak banyak benda yang nak disetel sebelum mula kelas. Belum lagi aktiviti sekolah lagi. Lepas tu hujung minggu pun busy, lagi busy daripada hari bekerja. Ampunnnn. Lama sangat rasanya tak singgah blog kawan-kawan. Rindu pulak nak kepoh update dari masing-masing.

Apa yang busy sangat minggu lepas? Ini haa..

Minggu Transformasi Siswa, semester ni ada 2 kuntum bunga baharu. So total ada 4 kuntum bunga di kolej. Biasalah course budak laki memang tak ramai budak pempuan yang nak masuk.

Minggu lepas saya jadi orang terakhir yang dapat viral batuk dan demam di rumah. Batuk-batuk pun kena juga bagi taklimat kepada anak-anak genZ yang baru mendaftar. Terpaksa jugak telan ubat batuk time kerja. Ingatkan tak mengantuk, rupanya mengantuk jugak. Nak tidur tapi tak dapat, so tahan je lah mata, sampai rumah memang terus peng.

ujian sarignan dass-21
Sempat buat ujian saringan DASS-21 jugak, walaupun untuk pelajar kita sekali harung je lah eh.

Alhamdulillah, normal. Masih lagi terkawal.

Dengar cerita member jadi mangsa buli supervisor di ofis, geram pulak. Bertudung litup, berwajah manis tak sangka rupanya kuat membuli ek, ustazah pulak tu. Kawan-kawan, janganlah macam tu, tak dapat nak mudahkan urusan orang lain, jangan pulak ko susahkan hidup mereka. Kesian la. Eh, ini cerita lain. Malas la nak mengulas. Terima kasih sebab masih singgah membaca di sini.

poster buli











 

Post a Comment

0 Comments